Penyanyi meningkat naik, Aliff Iskandar akui berasa amat teruja untuk menyambut hari raya Aidil Fitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman di Kelantan.

Menurut Aliff, dia juga telah menyediakan segala kelengkapan hari raya buat seluruh ahli keluarga tercinta.

“Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga “Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga “Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga

“Alhamdulillah persediaan untuk menyambut raya semuanya berjalan dengan lancar. Segala kelangkapan telah pun saya sediakan untuk ibu, ayah dan adik beradik. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit pada tahun ini.

“Kalau boleh saya nak gembirakan hati mereka semua. Ini merupakan tahun pertama saya menyediakan persiapan raya untuk seluruh ahli keluarga saya. Mereka juga merupakan punca rezeki saya dan apa salahnya saya berhabis untuk mereka.

“Jadi, bermula tahun ini saya mengambil inisiatif untuk menyediakan apa yang mereka perlukan di hari raya nanti. Mana tahu rezeki saya akan lebih murah selepas ini,” katanya kepada Media Hiburan.

Ads

Penyanyi di bawah naungan Indigital Music ini berkata sedemikian ketika ditemuramah bersama MH baru-baru ini.

Bagi mengelak daripada kesesakan lalu lintas, Aliff memilih untuk menaiki kapal terbang meskipun harga tiketnya lebih tinggi daripada kebiasaannya.

“Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga “Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga “Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga

“Saya pun baru je beli tiket penerbangan ke Kelantan beberapa hari lepas. Saya akui harganya memang agak tinggi tapi saya rasa amat berbaloi untuk mengelak daripada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Ads

“Tak kisahlah naik kereta atau kapal terbang, yang penting kita dapat berjumpa dengan keluarga tersayang. Semangat beraya tahun ini memang lain macam. Sebab itu saya sanggup menyediakan segalanya untuk menjadikan suasananya meriah.

“Saya memang tak sabar nak beraya sebab tahun ini kita dah boleh buat segalanya bersama-sama,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, dia juga mahu melupakan kisah sedih pada tahun lalu apabila dia terpaksa beraya seorang diri di Kuala Lumpur selepas dijangkiti Covid-19.

Ads

Sekadar informasi, nama Aliff semakin dikenali setelah singlenya yang berjudul Perit mendapat sambuatan yang agak luar biasa.

“Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga “Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga “Mana Tahu Rezeki Lebih Murah Lepas Ni…,”- Balik Kelantan Naik Flight Elak Jam, Aliff Iskandar Tak Kisah Berhabis Demi Keluarga

Sehingga kini lagu tersebut telah meraih lebih hampir 2 juta tontonan di laman Youtube sejak pertama kali dimuat naik pada tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Aliff Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI