“Aku dah penat jaga mak, tiba giliran kau pula Angah.” Demikian pesanan terakhir Abam Bocey kepada adiknya, Ali seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu.
Perkara itu dikongsikan Ali ketika bersiaran di program MeleTOP secara langsung, malam tadi.
“Seminggu sebelum dia meninggal, dia ‘buat tebiat’ yang mungkin kita tak perasan.
“Dia cakap pada mak, “mak, lepas ini pergi duduk dengan Champion, tak payah duduk dengan abang lagi”, sebab ketika itu saya baru dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2019 baru-baru ini.
“Abam juga ada Whatsapp dalam group “aku dah penat jaga mak, tiba giliran kau pula, Angah (Ali) untuk jaga mak dan jaga ubat-ubatan mak.
“Saya pun tahu juga senarai ubat mak, cumanya dia mahu ingatkan saya semula,”kongsi Ali teresak-esak.
Berkongsi cerita mengenai petanda yang menjemput Abam, Ali mendedahkan bahawa arwah abangnya melakukan beberpa perkara pelik seperti mandi pada jam 2 pagi.
“Abam ada telefon mak dua hari sebelum meninggal dunia (malam Rabu), dia kata “mak, abang nak bagitahu mak sikit yang jiwa abang dah kosong.
“Satu hari sebelum Abam meninggal, saya bawa mak pergi berubat lutut, dan kemudian Abam telefon saya dan minta maaf sebab tak dapat ikut, kepala sakit, badan rasa macam dicucuk-cucuk, demam.
“Keesokan paginya, saya dapat berita kematian dan saya bertanya pada isteri Abam apa yang terjadi, kemudian isteri dia menjawab “Abam mandi pukul dua pagi sedangkan dia sukar untuk mandi malam, kemudian dia potong kuku kaki dia”, jelas Ali seperti yang diceritakan isteri Abam, Siti Nurhidayah.
Malah, Ali sebak melihat abangnya kaku dan terbaring diatas katil dalam keadaan bersih.
“Saya merupakan orang kedua yang melihat Abam selepas isterinya, ternyata Abam ada dalam keadaan bersih.
“Saya hanya mampu berdiri di pintu dan saya pegang kaki Abam terasa sangat sejuk hingga lutut,” kongsi Ali sebak.
Terdahulu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu.
Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah, lapan bulan.
Ikuti cerita penuh Ali menerusi video di bawah;
Video: Youtube MeleTOP
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI