Menjadikan 7 Ogos lalu sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Fizo Omar telah selamat mengerjakan Haji bersama rakan-rakan dan para jemaah yang lainnya.
Kongsi pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar di Youtube rasmi Zayan My, keberangkatannya ke Tanah Suci itu menjadikan dia lebih matang dalam kehidupan.
“Apabila kita sampai di sana (Mekah), kita tak ada apa-apa pun ertinya kalau ada pangkat seperti VVIP, artis, jutawan dan banyak duit sekali pun, kita semua sama sahaja di sisi Allah.
“Ketika itu umat manusia hanya tuduk, mengadap Allah dan mintalah (doa) pada Dia
“Kita terlalu kejar dunia selama ini, sampai sana, kita akan lihat kebesaran Allah dan bayangkan berjuta umat manusia di sana,” katanya sebak.
Sepanjang di Tanah Suci, bintang filem 7 Petala Cinta ini juga sempat berkongsi pengalamannya menguruskan jenazah yang tidak dikenali di sana.
“Dalam berjuta orang di sana, ada orang tarik saya untuk uruskan jenazah seorang individu yang saya tidak kenal.
“Saya mandikan, kafankan dan solat jenazah tersebut. Saya juga masuk ke liang lahad untuk kebumikan jenazah yang sebenarnya saya tak kenal langsung dia.
“Apa yang Allah nak tunjukkan sebenarnya pada saya?,” fikirnya sejenak.
Bagaimanapun, Fizo yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Sebenarnya apabila Allah ketuk pintu hati kita untuk pergi Haji ketika kita masih muda dan bertenaga adalah kerana Dia nak orang muda pergi bantu orang lain permudahkan kerja-kerja Haji seperti orang-orang tua yang tidak berdaya,guna kerusi roda, guna tongkat dan ada yang kena papah.
“Tapi mereka bersungguh-sungguh untuk ke Tanah Suci,”kongsinya yang menganggap ia sebagai satu simbolik daripada Allah.
Video : Youtube Zayan My
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI