Sememangnya wanita yang bertudung kelihatan tampak lebih ayu, sopan dan menawan.
Menerusi posting terkini, pelakon Atikah Suhaime atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime ada berkongsi beberapa keping foto bersama peminatnya.
Foto tersebut telah memaparkan bintang kelahiran Singapura itu berhijab.
“Even if I were to like seriously wear headscarf one day, I will still be super extra .
Slay in @primavalet,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Atikah Suhaime 🇲🇨🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on
Menjengah diruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat memuji kecantikan pelakon berusia 28 tahun itu memakai hijab.
Alahai, manis sungguh wajah Atikah apabila memakai hijab. Kelihatan sangat jelita, betul tak?
Untuk rekod, Atikah telah dilahirkan pada 15 Mac 1991 di Tampines, Singapura.
Foto : Instagram Atikah Suhaime
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Dekat Jenguk Dan Kucup Pipinya, Kalau Jauh Jangan Sekadar WhatsApp,” – Datuk Fazley Yaakob
Pelakon dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi nasihat supaya sentiasa meluangkan masa bersama ibu tercinta walau sesibuk mana pun seseorang anak itu.
Menurut Fazley, ketika ini segala teknologi ada dihujung jari dan terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya.
“Salam Jumaat semua, kita sering di ingatkan, jagalah ibu kita sehabis baik. Walau sesibuk mana pun kita berusahalah untuk memberikan masa buat ibu kita.
“Kalau dekat kita jengok dan kucup pipinya, kalau jauh jangan sekadar whatsapp, video call agar dapat melepaskan rindu ibu kepada anak, apabila dapat menatap wajah melalui videocall.
“Salam sayang buat ibuku @rsd.umi , salam sayang buat mama anak2ku @azrene_ahmad , salam sayang juga buat ibu mertuaku,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dibuat oleh penyanyi lagu Bila April itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas peringatan tersebut.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Eizlan Yusof Umum Kahwin Gadis Serani Bulan Ini
Tahniah diucapkan buat pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof yang telah pun mengumumkan dirinnya bakal bernikah dengan wanita keturunan Serani dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville.
Majlis akan dilangsungkan pada 12 Disember depan.
Memetik Harian Metro, Eizlan memaklumkan majlis perkahwinannya dengan wanita mualaf berusia 29 tahun itu akan berlangsung selama empat hari hasil bantuan dan tajaan rakan terdekat.
“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.
“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, pada Isnin.
Bagaimanapun, Eizlan memberitahu jumlah sebenar kos perkahwinannya itu tidak diketahuinya sehingga sekarang.
“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” katanya seperti yang dipetik.
Eizlan turut berkongsi, beliau sudah mengenali Natasha kira-kira empat tahun lalu dan gembira apabila anaknya turut selesa serta merestui keputusan mereka.
“Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,” katanya.
Bulan lalu, Harian Metro turut melaporkan bintang itu enggan berkongsi lanjut mengenai desas-desus yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bulan ini.
Eizlan pada masa sama juga meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Malah, dirinya juga bertindak mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai gosip kononnya majlis perkahwinan yang bakal berlangsung mendapat tajaan RM2 juta.
Terdahulu, Eizlan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007, bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.
Sumber/Foto: Harian Metro, IG Mahligai Cinta & Official HLive
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Kena Pujuk Dia Macam-Macam,” – Anak Menangis Rindukan Bapa, Bella Astillah Doa Urusan Aliff Aziz Ke Malaysia Dipermudah
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi berkongsi video menyayat hati yang memaparkan kelakuan anaknya, Ayden yang menangis teresak-esak kerana terlalu merindukan ayahnya, Aliff Aziz yang kini berada di Singapura.
Menurut Bella, setiap kali Ayden meluahkan rasa rindu terhadap Aliff, dia terpaksa menggunakan pebagai cara untuk membuatkan anaknya itu faham dengan situasi yang mereka lalui ketika ini.
Semoga COVID-19 cepat berlalu pergi. Every time Ayden nangis nak daddy I kena pujuk dia mcm2 and make him understand. I’m sorry son, InshaAllah semoga Allah permudahkan urusan daddy kesini. pic.twitter.com/vZWvjcVY4m
— Bella Astillah (@BellaAstillah) November 2, 2020
“Semoga COVID-19 cepat berlalu pergi. Every time Ayden nangis nak daddy I kena pujuk dia macam-macam and make him understand
“I’m sorry son, InshaAllah semoga Allah permudahkan urusan daddy kesini,” tulisnya.
Video berdurasi 16 saat itu dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Bella turut memanjatkan doa semoga pendemik Covid-19 ini dapat berakhir dengan segara agar keluarganya itu dapat disatukan semula dengan Aliff.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati selain turut berharap agar Bella kuat menghadapi dugaan ini.
Terdahulu, Aliff kini difahamkan masih masih menunggu kebenaran untuk datang ke Malaysia memandangkan pintu sempadan kedua-dua buah negara masih lagi ditutup gara-gara penularan wabak Covid-19.
Sumber: Twitter Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI