Video nyanyian yang dikongsi menerusi laman Instagram Nadzmi Adhwa meruntun hati netizen.
Nazdmi yang menyanyi lagu Kemarin dari Seventeen atas permintaan teman baiknya, Ardell Aryana nyata membuatkan netizen turut berkongsi rasa sedih.
Meluahkan rasa hati dan berharap agar Ardell terus kuat dan sabar menghadapi karenah manusia.
“Atas permintaan sahabat saya Ardell Aryana minta saya nyanyi lagu ni.
“Aku nyanyi untuk kau. Harap okay la ya dell. Jangan pedulikan apa kata orang.
“Orang memang tak tahu menjaga sensitivity. Manusia memang akan sentiasa menyakiti kita. Yang penting kita kuat dan sabar,” luahnya.
Riak wajah sedih Ardell menarik perhatian netizen. Malah, netizen turut berkongsi dan sebak melihat senyuman sayu pelakon jelita itu.
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang cukup positif dan berharap agar Ardell diberi kesembuhan.
Ardell Aryana sebelum ini dikaitkan dengan khabar angin mengidap penyakit barah namun dia lebih selesa tidak berkongsi dengan peminat.
Foto: Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI