“Manusia Ini Seperti Roda, Iman Ada Naik Turun. Umur Saya Dah Nak Dekat 40 Tahun…,” – Aliff Syukri

Share

Usahawan komestik, Datuk Seri Aliff Syukri memberikan penjelasan susulan sebelum ini media pernah melaporkan keinginannya untuk mengurangkan isu sensasi melibatkan dirinya di media sosial.

Menurut Aliff, dia tidak menafikan ada ketikanya keinginan itu (kembali berkarya) bercampur baur.

“Manusia ini seperti roda. Iman ada naik ada turun. Umur saya dah nak dekat 40 tahun dah pun tapi itulah… Nak cakap macam mana ya… Saya rindu sangat untuk menunjukkan bakat saya ini.

“Saya faham, tahu ramai yang mengutuk. Tapi pada masa sama, ramai juga yang memuji. Suara sedap dan sebagainya. Jadi macam seronok tau. Yang tidak memuji tu saya tidaklah baca,” katanya kepada MH.

Aliff yang kini mempunyai 10 buah lagu berkata demikian selepas terpalit kontroversi susulan klip muzik video terbaharunya, Baby Sayang yang didakwa ‘daring’ dan tidak sensitif.

Lagu berkenaan turut menampilkan penyanyi Baby Shima dan muzik video berkenaan sudah pun ditonton lebih sejuta kali dan berada di posisi trending di YouTube.

Mengulas mengenai muzik video yang dilihat tidak mempunyai sebarang elemen kontroversi sebagaimana teasernya, Aliff akui dia mengambil pandangan ramai pihak demi kebaikan.

“Jujurnya ada tapi sudah ditapis sebab saya pun ikut nasihat ramai. Netizen bagi saya tidak semua salah. Dia (Baby Shima) menari tidaklah terlalu seksi. Mungkin kerana saya di situ.

“Malah saya pelik, kalau saya senyap (tak menari) orang kata saya ‘LGBT’. Kalau saya ‘melayan’ dia berjoget ada yang kata berunsur lucah. Habis aku nak jadi apa?,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
MH