Tular sejak semalam apabila ada pengguna Twitter yang berkongsi video dengan judul “Mari Belajar ABC Bersama Sajat”.
Video berdurasi lebih dua minit itu merakamkan sedutan ayat dari video-video usahawan kosmetik berkenaan yang disunting mengikut abjad dari A hingga Z.
Mengulas mengenai perkara itu, Sajat mengakui terhibur dengan video berkenaan. Malah, dia sendiri memuji kreativiti netizen kini.
“Terlalu kreatif sangat netizen sekarang sebabnya ada video yang diambil itu dari tahun 2014 dan 2015 lagi. Macam tak terkata.
“Rasa kelakar pun ada…kalau budak-budak tengok, menangis tu. Kalau untuk sekadar hiburan kiranya okaylah.
“Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada yang kreatif, edit video berkenaan. Bayangkan setiap huruf itu dia ‘pegang’, boleh sunting hingga jadikan ia sebagai bacaan ABC.
“Maknanya, walau saya tidak ada kategori popular tapi tetap trending di media sosial,” seloroh Sajat.
Semoga pembelajaran menyebut ABC dengan Sajat ini dapat mengembalikan semula sel-sel otak anda 🥰 pic.twitter.com/CaXrH6w5cZ
— izzi di midnights (@IzzraifHarz) September 24, 2019
Sajat bagaimanapun sekali lagi menekankan, tontonlah video tersebut dalam sisi hiburan.
“Yang penting, ia sekadar hiburan. Kalau yang tak berapa elok tu, buanglah jauh-jauh sebab saya manusia yang tak pernah buat silap,” jelasnya kepada MH.
Sementara itu menerusi Instagram, penyanyi Abang Nak Tegur ini juga ada berkongsi mengenai namanya yang turut trending di platform sama.
Sehingga kini, video tersebut sudah mendapat ulang kicau hampir 40,000 kali dengan lebih 360,000 tontonan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI