Bintang popular Filipina, Marian Rivera dan suaminya, Dingdong Dantes telah meraikan ulang tahun kelahiran anak sulung, Maria Letizia yang keempat tahun.
Perkara itu dikongsikan pelakon drama Marimar di Instagramnya.
Pengacara dan model, Nabil Mahir mengakui dia sudah pun membeli cincin lamaran untuk bekas kekasihnya, pelakon Sarah Hildebrand.
Katanya kepada MH, cincin jenama mewah itu tersebut sepatutnya dihadiahkan buat bintang kacukan itu April depan bersempena ulang tahun kelima percintaan mereka.
“Sepatutnya 20 April ini saya akan berikan kejutan berupa cincin lamaran bersempena ulang tahun kami, tetapi sayang impian itu tidak dapat direalisasikan.
“Cincin itu saya beli November tahun lepas di Singapura, tapi tak sempat nak berikan kepadanya,” jelasnya lagi.
Teedahulu, Nabil ditemui media di sidang media Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar yang diadakan di Palace The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada Isnin.
Nabil bakal menjadi pengacara majlis jualan selebriti di program berkenaan 15 hingga 17 Mac.
“Saya mengenali salah seorang penganjur secara rapat dan pihak mereka ada meminta saya untuk menjadi hos.
“Secara peribadi saya sendiri meminati bidang permotoran. Jadi apabila diberi peluang menjadi hos untuk aktiviti sampingan, sudah tentunya saya gembira,” kongsi Nabil.
Sementara itu, Nabil mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir sejak awal Februari lalu.
Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia enggan memikirkan lagi mengenai kisah putus cinta. Sebaliknya, dia reda dengan ketentuan tuhan.
“Saya dah move on dan tak nak fikir lagi tentang kisah lalu, saya reda dan mendoakan yang terbaik untuk Sarah.
“Buat masa ini, belum nak cari pengganti lagi. Bagi sedikit ruang untuk saya tenangkan diri dan fokus terhadap karier seni,” katanya.
Foto: Instagram Nabil Mahir, Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan figura popular, Rozita Che Wan atau Che Ta sebagai ‘muse’ pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail semalam di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021, mencuri tumpuan ramai.
Serba hitam, pelakon dan usahawan itu tampil dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ bertatahkan batu berlian sepanjang majlis berlangsung berbeza dengan imejnya sebelum ini yang sinonim glamor lengkap bersolek cantik.
Ia secara tak langsung mengimbas imej selebriti Hollywood, Kim Kardashian ketika menghadiri sebuah majlis fesyen baru-baru ini.
Pada majlis itu, Che Ta menyarung gaun moden hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill yang dijahit dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’ yang dianggar berharga RM50,000.
Persalinan ambil masa selama sebulan untuk disiapkan dan mmengenai perkara itu, Che Ta akui dia mempunyai sebab tersendiri untuk tampil sedemikian.
“Kami memang berkawan baik. Malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan selalu atau seperti lazimnya. Jadi kenapa saya nak menolak. Ia satu kelainan.
“Lagipun pelitup muka itu menggunakankain jaring yang terang-terang ada lubang atau ‘udara’. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain yang bertutup semua tanpa ada ‘udara’, saya sendiri fikir banyak kali. Barangkali semput juga saya jadinya.
“Cuma sedikit mencabar sebab saya harus kekal dengan gaya sebegitu sepanjang majlis. Tetapi sesekali orang tak payah tengok muka kita dalam acara seumpama itu, why not. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.
Ezuwan turut tampil tersendiri menemani Che Ta menerusi padanan sut hitam berharga RM40,000.
Dia yang sudah lapan tahun membina jenama fesyennya percaya aktres terbabit mampu membawa ilham dan imaginasi rekaannya pada acara berkenaan.
“Apabila diundang ke acara itu, nama Che Ta terlintas dan pantas bermain di minda. Cuma apabila dia bersetuju nak tutup wajahnya saya sendiri tak menyangka.
“Semua tahu, dia antara selebriti yang mengutamakan penampilan diri dengan wajah siap bersolek cantik. Tapi dia jenis yang tak banyak songeh dan sempoi. Tiada istilah meniru atau dibayangi sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pandemik,” katanya.
Acara KLFA yang berlangsung di Hotel Shangri La itu turut dihadiri lebih 80 orang pereka fesyen di samping selebriti ternama lain.
Kategori dipertandingkan dalam KLFA turut menyaksikan warga kreatif industri fesyen dihargai termasuklah pereka Alia Bastamam, jurusolek Khir Khalid serta ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: @blackpepperproduction (IG)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khamis lalu, penyanyi seberang yang hits menerusi single Lagi Syantik, Siti Badriah telah pun melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pilihan, Krisjiana Baharudin.
Majlis yang berlangsung serba meriah di Pajetan, Jakarta Selatan itu turut diraikan keluarga dan sahabat handai.
Sama cantik sama padan menerusi persalinan serba kelabu, bintang yang mesra disapa Sibad ini tampak berseri-seri menerusi beberapa keping foto yang yang dikongsi di laman Instagram rasmi milik penyanyi berkenaan.
Malah, Sibad turut memuat naik video sekitar majlis tunang yang telah pun berlangsung dengan kapsyen;
“Bismillah semoga ini awal kebahagiaan kami. Terimakasih untuk semua doa dan bantuannya untuk kami berdua,” tulisnya sambil menitipkan dedikasi buat semua krew terlibat.
Rata-rata peminatnya juga turut mengucapkan tahniah dan berdoa agar hubungan keduanya dipermudahkan.
Foto: Instagram Siti Badriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!