Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal bersama suaminya Aeril Zafrel antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian ramai.

Keakraban yang dijalinkan sebagai suami isteri menjadikan mereka utuh dan bahagia sehingga hari ini.

Malah, hari ini juga genap ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan.

“Hidup kita ini terlalu pendek jika ukurannya hanya dunia, kerna itu marilah bersamaku memperpanjangkan hubungan kita dalam kasih sayang yang sejati bersama anak2 permata hati dengan memilih akhirat tujuan utama.
@w4w4_zainal,” tulis Aeril sambil disertakan foto throwback.

IKLAN

Dalam masa sama, bapa kepada tiga orang anak itu turut mengabadikan video bersama isterinya di sebuah pantai.

“8 years together and still counting… Doakan kami semua,” tulisnya ringkas. 

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagian pasangan itu.

Untuk rekod, Aril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7 tahun, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 tahun dan Aya Soffya, 8 bulan.

IKLAN

View this post on Instagram

Senyuman mu membuat ku terpaku 😂 @w4w4_zainal

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

FOTO : Instagram Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI