Bukan setakat boleh menyanyi dengan baik, tetapi bakat melawak yang dimiliki penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam juga semakin mendapat perhatian selepas menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi.

Selebriti berusia 36 tahun ini juga mempunyai sifat penyayang terhadap anak-anak kecil. Hal ini juga diakui pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah.

Disebabkan itu lah agaknya anak-anak Shuib dan Siti Sarah, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin ini sangat rapat sangat dengan Mark.

“Anak-anak kami sangat baik dengan Mark dan isteri. Lebih-lebih lagi anak bongsu kami, Ariq Matin.

 

“Ibaratnya jika ada Mark, Matin sudah tidak memandang kami, terus kami tak laku. Mark dan isteri pula sering bermain dan melayan karenah Matin,” ujar Shuib kepada sebuah media online.

Tambah Shuib lagi, dia mula rapat dengan Mark sejak digandingkan di dalam program Juara Parodi pada tahun 2015 dan kebetulan ketika itu Sarah sedang mengandungkan anak bongsu mereka.

“Matin memang mempunyai hubungan istimewa dengan Mark kerana Mark mula rapat dan melayan Matin semenjak Matin lahir lagi,” ujar Shuib.

Mark Adam Tumpang Kasih Anak Siti Sarah, Shuib

Sebagai ibu, Sarah langsung tiada rasa cemburu tentang hubungan rapat antara Mark dan anak-anak mereka.

Ads

“Kami begitu senang dengan Mark dan isteri. Tidak timbul rasa cemburu melihat kemesraan mereka dengan anak-anak.

Walaupun Mark dan isterinya, Nor Azah Redzuan masih belum menimang cahaya mata, namun mereka kelihatan tidak kekok untuk melayan kerenah anak-anak Shuib dan Sarah.

“Bagi kami, tiada masalah jika Mark dan isteri rapat dengan anak-anak kerana mereka memang baik. Mereka pun belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata, jadi kami tidak kisah,” kata Sarah lagi.

Mungkin disebabkan Mark belum mempunyai anak sendiri maka dia memberikan dan menumpang kasih sayangnya pada anak-anak Sarah dan Shuib.

Mark juga dilihat sering memuatnaik gambar bersama Martin di Instagram miliknya, rata-rata peminat berdoa agar pelantun lagu Marry Me itu dapat menimang cahaya mata sendiri.

Mark Adam Tumpang Kasih Anak Siti Sarah, Shuib

Ads

Mark Adam Tumpang Kasih Anak Siti Sarah, Shuib

Mark Adam Tumpang Kasih Anak Siti Sarah, Shuib

 

Ads

Martin dah makin besar Alhamdulillah ? Advance Happy bday ibu and daddy @sitisarahraissuddin @shuibsepahtu ❤️

A post shared by OfficialMarkAdam (@markadam1079) on

 

Sumber : Astro Gempak

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI