Markah Upiak Isil Hanya Beza 0.10 Peratus Dengan Bandi Amuk, Suki Low Raih Mata Paling Tinggi Dengan 83.70 Peratus

Share

Suki Low berjaya menduduki tempat pertama di minggu ke enam konsert Gegar Vaganza musim ke-8 (GV) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Membuat persembahan meyakinkan menerusi minggu duet, lagu Tiga Malam Tanpa Bintang yang dinyanyikan bersama Khai Bahar memperolehi markah sebanyak 83.70 peratus.

Aliff Aziz bersama Iman Troy menerusi lagu Belenggu Rindu pula berjaya mendapat 76.20 peratus dan 71.90 peratus diraih Adibah Noor di samping rakan duet, Ali Sariah daripada kumpulan Masdo.

Sementara penyanyi Indonesia, Upiak Isil berada di kedudukan paling rendah berbanding kesemua bintang yang masih tinggal sekali gus menjadi peserta ketiga yang tersingkir.

Berikut merupakan markah penuh yang diperolehi minggu ini;

Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan minggu ini, Jennifer Thompson diundang sebagai juri jemputan.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH