Tiga tahun memeluk Islam, Marsha Milan mengakui sehingga kini dirinya masih belum sempurna sebagai hamba Allah SWT.

Masih belajar seterusnya mahu lebih mendalami ilmu agama, katanya dia masih perlu biasakan diri dalam menunaikan solat lima waktu.

Mengakui dia bukanlah hamba sempurna, bintang asal dari Sabah ini turut tidak malu mengakui dirinya masih merangkak dalam menunaikan ibadah wajib, meski akan terus cuba istiqamah.

Tiada beza kehidupan dahulu dan sekarang, cuma sebagai seorang Islam, saya harus biasakan diri dengan solat. Sampai sekarang, saya masih lagi mahu mempertingkatkan ilmu Islam.

“Sebagai saudara baru, saya akan cuba lakukan yang terbaik meski solat saya mungkin masih belum sempurna seadanya.

IKLAN

“Apapun, saya syukur kerana keluarga mertua banyak membantu. Dan sebagai saudara baru, pengalaman menunaikan umrah dan beribadah di Tanah Suci Mekah adalah pengalaman yang paling indah pernah dialami.

“Pernah juga saya persoalkan kemampuan diri, mampukah saya menunaikan ibadah di Mekah tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan di sana,” jelasnya kepada MH.

Kongsi Marsha lagi, kehidupannya masih sama seperti dahulu, dan ada kalanya terlepas laku, namun itulah cabaran sebagai saudara baru.

IKLAN

Apa yang saya pelajari, semua agama mengajar perkara yang baik. Jadi bukan soal terlepas laku, namun membiasakan diri dengan amalan agama Islam, itu yang perlu diutamakan.

“Umumnya, slam tidak susah, ia berkenaan menerima dan mempraktikkannya dalam hidup.

IKLAN

“Memang saya sentiasa ada persoalan mengenai Islam kerana tidak biasa, dan syukur kerana di sekeliling saya punya teman-teman yang punya ilmu,” tuturnya tenang.

Penyanyi ini memeluk Islam beberapa minggu sebelum diijabkabul dengan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

Dalam perkembangan lain, penyanyi Bimbang ini masih mencari material baru untuk single terbaru yang bakal keluar tidak lama lagi, iaitu lagu berunsur kerakyatan khusus bagi mempromosi budaya dan etnik Negeri Di Bawah Bayu.

https://www.youtube.com/watch?v=BZiSrgn5CEI&t=6s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI