
Pelakon, Puteri Aishah berkongsi sebuah video yang menunjukkan dia seperti mengenakan bikini saat bercuti baru-baru ini.
“Living my life #2019 #puti,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Official Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on
Namun, video berdurasi 30 saat itu tidak menunjukkan keseluruhan tubuh Puteri Aishah di mana hanya bahagian atas sahaja yang kelihatan.
Susulan itu, netizen ‘speku’ bahawa dia seperti memakai bikini dan meninggalkan komen ‘nasihat’ kepada aktres tersebut.
Dalam pada itu, ada juga yang memujinya mengatakan dia kelihatan cantik dan berseri-seri.
Sebelum ini, beberapa selebriti turut menjadi mangsa kecaman apabila berkongsi foto mengenakan bikini misalnya Bunga Cinta Lestari dan Safiey Ilias.
Foto/Instagram: Puteri Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “One Step Closer,” – Foto Menarik sekitar Majlis Tunang Pengacara, Adriana Adnan. Bakal Nikah Pada Hari Merdeka Nanti!

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan kini sah bergelar tunangan kepada lelaki pilihannya, Harez Hazim Hazrin, semalam.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu diadakan di kediaman pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapatnya.
Memetik BH Online, Adriana dan pasangan memilih tarikh 31 Ogos tahun hadapan untuk disatukan sebagai suami isteri.
Apa-apapun, jom kita lihat foto-foto majlis pertunangannya!
Foto/Instagram: Adriana Adnan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“25 Tahun I Tidur Dengan You,” – Tidak Pernah Rasa Jemu…Sweet Sungguh Dedikasi Sheila Rusly

Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu telah menitip kata ucapan buat suaminya, Azman Yahya atau lebih sinonim disapa Jinggo.
Difahamkan, mereka kini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25.
“25 thn i JAGA you
25 thn i KEMAS baju you
25 thn MESIN i CUCI baju you
25 thn i MASAK utk you
25 thn i MAKAN dgn you
25 thn i KETAWA dgn you
25 thn i NANGIS dgn you
25 thn i BERTEKAK dgn you
25 thn i MEMBEBEL kat you
25 thn i TIDUR dgn you
25 thn i DOA utk you
25 thn i HIDUP dgn you
25 thn i SAYANG you
“25 thn i belum rasa BOSAN dgn you. It has always BEEN YOU & it will always BE YOU.Happy Anniversary babe @jinggo_jspictures thank you for making my LIFE easier, better & happier.
“Love you my love #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya penuh makna.
View this post on InstagramA post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut mendoakan agar mahligai cinta Sheila bersama suami kekal bahagia selamanya.
Pasangan selebriti itu turut bahagia harmoni bersama dua cahaya mata lelaki yang kini menginjak dewasa.
Foto: Instagram Sheila Rusly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Payung’ Foto Kereta Mewah, “Kalau Ada Yang Tak Suka Atau Tak Selesa…,” – Shuib Tak Riak, Tapi…

Kebelakangan ini, penyampai radio yang juga usahawan, Shuib sering kali dilihat merakam foto bersama kereta-kereta mewah yang dikongsikan di Instagram. Lalu, tindakannya itu mengundang rasa tidak senang segelintir netizen.
Malah, ada yang menempelak suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin itu yang disifatkan seperti riak dan suka menunjuk-nunjuk.
Pada mada sama, ada juga yang rasa tidak selesa selain menyifatkan Shuib bagaikan terikut-ikut dengan sikap sesetengah pihak yang sepertinya sengaja mahu menayang kemewahan di laman sosial.
Bagaimanaun, Shuib ketika hubungi menjelaskan, niatnya hanyalah mahu berkongsi minatnya terhadap kereta berkenaan.
“Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka. Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan follow saja saya,” kata penyampai radio Hot FM itu ringkas.
Media sebelum ini pernah menebak dirinya sebagai jutawan, namun Shuib merendah diri dan menafikan perkara itu.
Hakikatnya deretan koleksi kereta mewah yang dipaparkan dalam muat naik di platform laman sosialnya itu secara tidak langsung membayangkan, dia berada pada tahap yang selesa.
“Saya minat dan apabila minat, saya berusaha serta bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasi diri,” jelasnya lagi.
Antara foto yang bertebaran di laman sosial ialah barisan kereta mewah seperti Mc laren 650s, Porsche GT4, Camaro Chevrolet, Mustang dan Dodge Challenger SRT.
Carian di laman web menunjukkan ada harga kereta berkenaan mencecah lebih jutaan ringgit mengikut pasaran semasa.
Pada masa sama, ada perkongsian yang muat naik itu turut mendapat reaksi rakan selebriti, misalnya Nabil Ahmad dan Zizan Razak. Bahkan, video yang dikongsi turut mendapat lebih 200,000 tontonan.
Dalam perkembangan lain, Shuib sebelum ini telah menerima pengiktirafan di Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA), pada Jumaat.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu telah dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan tujuh tahun lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI