Berkongsi momen istimewa anak tunggalnya, Fizo Omar menitipkan kesyukuran Wan Maryam mendapat kasih sayang semua pihak di sebalik dugaan yang menimpa dia dan bekas isteri, Mawar Karim.
Walaupun telah berpisah, namun pelakon berusia 35 tahun itu menyatakan hubungannya dengan Mawar masih baik dan kedua-duanya mengambil giliran menjaga Maryam.
Malah, jelas Fizo, tiada insan di dalam dunia ini yang lebih sayangkan si anak berbanding bapa sendiri.
“No one in this world can love a girl more than her father.
“Alhamdulillah Maryam anak yg terpilih, mendapat kasih sayang dari semua pihak.setiap apa yg diatur pasti disertakan dgn hikmah dan kebaikannya,” kongsinya.
Jodoh Fizo dan Mawar terputus di tengah jalan pada Julai tahun lalu apabila pasangan itu bercerai talak satu selepas enam tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.
Foto : Instagram Fizo Omar