Penyanyi Mas Idayu akhirnya membuka mulut untuk memberikan komen terhadap persembahan duo Sissy Imann dan Naim Daniel di pentas akhir Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam pada malam Ahad.
Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, memuji persembahan pertama pasangan sepupu itu menerusi lagu Sumpah bagi tema segmen pertama iaitu karya-karya yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu.
Kata Mas, Sissy dan Naim sebenarnya memiliki bakat dan suara yang baik namun ia ‘tercemar’ pada minggu keenam disebabkan persembahan mereka yang kurang memuaskan.
“Saya jenis kalau tak suka, cakap tak suka. Bagi saya malam ini vokal mereka adalah yang terbaik daripada sepanjang persembahan mereka di Famili Duo.
“Saya ikhlas ni.. daripada segi harmoni, vokal, nyanyian semua terbaik. Cuma hanya satu minggu yang mereka silap sampai mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya terbaik.
“Keseluruhannya Mummy (panggilan Mas) sangat suka,” katanya.
Terdahulu, pada konsert minggu separuh akhir, Mas Idayu memilih untuk ‘membatu’ dan kelihatan seakan merajuk apabila juri tetap itu tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap persembahan Sissy dan Naim.
Meskipun hos, Sean Lee meminta penyanyi dangdut itu mengulas mengenai persembahan mereka, namun dia enggan berbuat demikian.
Penyanyi lagu Cintaku 100 Percent itu dilihat sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas tanpa memandang wajah Sissy dan Naim di atas pentas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI