Dengan sekali lafaz, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Magica Quill Hall, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pasangan berkenaan dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.
Majlis yang dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat itu menyaksikan Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, menerima mas kahwin RM1,001 selain dulang hantaran tujuh berbalas lima.
Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Ads
“Alhamdulillah saya bersyukur majlis berjalan lancar.
“Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan peminat yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini,” katanya kepada MH.
Teruja akhirnya kembali memegang status isteri selepas lebih 16 tahun bergelar ibu tunggal, Mas Idayu berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.
Secara keseluruhan, majlis akad nikah serta resepsi yang akan diadakan pada malam ini mencecah nilai tajaan sebanyak RM8 juta.
Majlis resepsi bertemakan fantasi itu juga nanti bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada malam ini.
Ads
Penyanyi lagu Cintaku 100 Percent ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hari ini genap usia komposer dan penyanyi, Akim Ahmad yang ke-28 tahun.
Lantas, momen indah itu dikongsikan isteri tercinta, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam di akaun Instagramnya.
“Selamat Hari Lahir Bossku oh Sintaku wahai Suami Afiq Hakim Ahmad a.k.a Balakimz. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT,sentiasa dirahmati dan diberkati dan juga semoga sentiasa dikurniakan kesihatan baik berpanjangan Aamiin…
“Terima kasih sebab selalu berusaha menjadi Suami,Imam dan Dady yang terbaik untuk kam. Sesungguhnya i dan anak2 sangat bahagia dan bersyukur sebab u selalu ada bersama kami dan mengutamakan kami bertiga walau sibuk jadi hang nadim dan jadi Akim..
“Kasih sayangmu yang dicurah adalah nikmat kesempurnaan hidup buat kami..,” tulisnya.
“Semoga Impian besar kita bersama yang akan datang ni akan dipermudahkan dan berkembang seperti SINTA teragung kita.. Aamiin In Sha Allah..
Dalam pada itu, Stacy sempat mempromosikan album terbaru Akim berjudul Yang Satu.
“Nanti kan single terbaru yang WOW! dari @akim_themajistret berjudul YANG SATU yang saya ada selitkan dalam video ni tau!!Makin lama makin power pula karya2 kamu ni Love u my Darling nanti i beli Ribbon siap-siap ok Bayakim Cinggg!!,” tulis Stacy di ruangan kapsyennya.
Video tersebut disunting Stacy dengan berlatarbalangkan lagu terbaru Akim berjudul Yang Satu.
Lalu, video tersebut dihujani ratusan komen dari netizen yang turut sama menitip ucapan hari jadi buat vokaslis kumpulan Akim & The Majistret itu.
Apa-apa pun, MH ucapkan selamat hari jadi Akim, semoga terus sukses dalam industri hiburan!
Video : Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kumpulan The 1975 dan vokalisnya, Matty Healy menghadapi tuntutan mahkamah daripada Syarikat penganjur Good Vibes Festival (GVF), The Future Sound Asia yang menuntut ganti rugi $2.4 juta atau RM11 juta.
Ini berikutan insiden yang mana Matt Healy melanggar kontrak dengan memberikan ucapan yang mengkritik undang-undang anti-LGBT Malaysia dan kemudian mencium rakan sekumpulan, Ross MacDonald.
Peraturan yang termaktub dalam kontrak itu termasuk mencium, mengumpat, merokok dan minum minuman keras di atas pentas, menanggalkan pakaian dan bercakap tentang politik atau agama.
Dalam kejadian yang berlaku pada 21 Julai 2023, ekoran tindakan tidak munasabah tersebut, GVF terus diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan agar dihentikan serta merta biarpun masih berbaki dua hari penganjuran.
Insiden tersebut bukan sahaja mengundang kemarahan para pengunjung yang sudah membuat bayaran penuh bahkan turut mendapat kritikan dari selebriti lain yang bakal membuat persembahan.
Julian Casablancas dari Kumpulan The Strokes misalnya yang dijadualkan untuk melakukan persembahan pada 23 Julai, telah menyelar tindakan tersebut dengan menyatakan setiap orang harus harus berpengetahuan dan menghormati budaya setempat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“5 Tahun Kita Bersama Abby Abadi. 5 tahun kita membina mahligai ini sayang @abby_abadi112.
“Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama 5 tahun ini lah aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan pada ku ini, kasih sayang yang tidak pernah luntur.
“Sayang, 5 tahun maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. 5 tahun, diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan, maaf ya sayang,” tulisnya.
Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun ini, Faizal menyifatkan ini merupakan detik paling sempurna di dalam hidupnya.
“Namun, 5 tahun ini, kau terlalu sempurna untuk ku. Sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dalam diri mu
“Kesabaran mu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa ada keluhan. Kau tabah hadapi segalanya, walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak memudarkan kasih sayangmu pada diri ini.
“Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat,” katanya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Faizal menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, Faizl turut menitipkan doa semoga Allah memelihari dan merahmati isterinya yang tercinta itu.
“Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu.
Ya Allah, Aku bersujud sehina-hinanya dihadapanMu ini. Kau peliharalah isteriku sebaik-baiknya.
“Jangan diberikan kesusahan dalam hidupnya, kau berikan kebahagian untuknya.
Kau tinggikan darjatnya, tempatkannya disyurgaMu bersama mereka yang menjadi kekasihMu.
“Ya Allah, Ku reda setiap apa yang isteriku lakukan. Tidak ada satu kesalahan pun dia lakukan terhadapku. Catitkan segala kebaikan yang isteriku lakukan agar dapat beratkan timbangan amal kebaikannya nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Faizal dan Abby mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Ogos 2015.
Pasangan tersebut pernah dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Kemudian pasangan tersebut membuat keputusan untuk mengambil tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Sumber: Instagram Faizal Zakaria
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!