Penyanyi terkenal Mas Idayu mengesahkan dirinya bakal berkahwin dengan lelaki pilihan yang juga penerbit eksekutif sebuah stesen TV, Sufian Isa September depan.
Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, hubungan mereka mulai rapat sejak beberapa bulan lalu meski sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada tahun 2008.
“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.
“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.
“Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” katanya.
Ads
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Selangit turut menjelaskan Sufian sudah datang berjumpa kakak sulungnya.
“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.
Ads
“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpaempat kali.
“Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula kami sudah ada beberapa lokasi, tinggal nak pilih saja lagi,” katanya.
Ads
Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model, Miller Khan ada berkongsi momen indah apabila mengesahkan dia dan kekasih, telah pun selamat mengikat tali pertunangan di Indonesia.
Menerusi foto dan video yang dikongsikan melalui Instagram pada Khamis itu, Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan,34, dilihat merakam saat bahagianya dengan menaiki sebuah helikopter dan isi masa dengan makan malam romantis bersama si dia.
Perkara itu dikongsikan bintang ini menerusi beberapa pautan di Insta Story sambil turut memberikan kredit kepada beberapa individu terlibat.
Difahamkan, menerusi video rakaman yang dimuat naik, Miller menyatakan wanita tersebut pada awalnya tidak mengetahui tentang lamaran itu.
Sementara itu menerusi satu hantaran di platform sama hari ini, Miller turut memuat naik beberapa fotonya bersama yang tersayang.
The beginning of FOREVER , with you my loving fiancee @its.fr__ , #engagement SHE SAID YESSS laalalalaala,” tulisnya.
Sementara itu, abang kepada pelakon Isa Khan, 28, turut menzahirkan rasa gembira apabila adiknya sah bergelar pasangan suami kepada pelakon, Risteena hari ini.
“Sah!!! Sakinnah mawaddah warrahmah ya adikku sayang Isa Khan dan Nur Risteena,” tulisnya juga di Insta Story.
Pasangan terbabit selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Foto: Instagram Miller Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda meluahkan rasa geram dan kesal terhadap sikap anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri yang sekali lagi memuat naik video di Instagramnya, semalam.
Penyanyi Bobo Di Mana itu mendedahkan dia akan melancarkan single terkininya dan berharap agar lagu berkenaan lolos di Anugerah Juara Lagu tahun hadapan.
Menurut Rozita, dia mendapat cacian dari netizen apabila tindakan anaknya itu meraih perhatian seterusnya mendapat reaksi bercampur-campur netizen.
Ia sekali gus, membuatkan Rozita kini bersuara secara terbuka seterusnya memuat naik video nasihat buat anaknya itu.
“Assalamualaikum Syukri. Mak terpaksa buat video ini. Walaupun mak senyum, tapi hati mak sakit kerana tak habis lagi masalah, timbul pula masalah lain.
“Selama ini mak tegur pun, kau (Aliff) tak pernah dengar, kan? Mak tegur cara baik, mak marah, sekarang dah sehabis lembut dah.
“Mak dah puas Whatsapp, yang ini tak betul, itu tak betul, tapi kau masih buat juga.
“Seburuk mana kelakuan anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku yang tak pandai jaga anak,” kata Rozita.
Malah, Rozita menyifatkan titipan nasihat yang diberikan seolah-olah seperti mencurah air ke daun keladi.
Rozita pada sama sama turut akui, suara anaknya itu tidak sedap untuk mengalunkan lagu.
“Mak rasa mak tarbiyah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu adalah kebaikan mak, begitu juga sebaliknya.
“Kalau betul mak tak berjaya didik kau, kenapa tak semua adik-beradik ikut macam itu?
“Mak dah cakap dah, sekarang kau buat lagi lakonan air mata darah tu. Apa yang derita sangat? Tak payahlah berlagu-lagu Syukri, semua orang tahu suara kau tak sedap dan memang tak sedap pun.
“Tak payah nak berlagu. Kau yang pilih jalan untuk menjatuhkan sebab kau suka orang kecam. Masalahnya, perangai kau itu terpalit dekat mak. Kalau mak tak tegur, kau tak nak dengar.
“Sekarang mak buat video, letak kat IG mak supaya kau tengok bahawa tak semua orang suka apa yang kita buat,” katanya tegas.
Dalam masa sama, Rozita mahu Aliff bersikap matang dan profesional sebagai seorang usahawan berjaya.
“Jangan suka dengan hinaan orang hanya untuk nak dapatkan publisiti. Cukuplah Syukri pun dah ada segala-galanya.
“Niat mak bukan nak jatuhkan kau, sebab mak sayangkan kau. mak pun dah tak tahu nak komen macam mana lagi.
“Kalau kau nak mak panjang umur dan hidup aman, tolong jadi seorang usahawan professional, bukan penyanyi sebab kau bukan artis.
“Tak perlu menunjukkan perkara-perkara merapu, sesuai dengan umur.
“Tolong kasihan maruah kami (mak,ayah, adik beradik, anak-anak) bukan diri sendiri,” akhirinya.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, pemilik Rumah Hutan ini turut menjelaskan, dia sudah geram dan tak sanggup untuk melihat ramai mengutuk anaknya itu.
“Geram dah tak sabar. Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!!
“Tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr twngok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko.
“Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org ‘tak reti ajak anak”.
“Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat. Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak.
“Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!!
“Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke ” Mak dn kami kena bahananya ” Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 ” kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak” lepas tu buat lagi.
“KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.
“Kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!,” tulis Rozita panjang lebar.
Terdahulu, Aliff memuat naik video di Instagramnya dalam keadaan sebak dengan ‘air mata darah’ mulai keluar lalu membasahi baju putih yang dipakai pada Selasa.
Single baru berjudul Ingin Bahagia itu dijadual akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat atau Isnin depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang Selasa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, keadaan Mamat sangat baik dan dia begitu tenang sebaik dibebaskan.
Shirazdeen berada di Johor Bahru untuk membawa Mamat ke Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan pada latihan dan persiapan konsert Exists Reunion pada 28 September ini.
“Alhamdulillah, keadaan Mamat okey. Saya belum sempat berbual panjang dengan dia. Kami akan berangkat ke Kuala Lumpur petang ini juga,” kata Shirazdeen.
Pada Ahad malam, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin ditahan polis di Taman Perling, Johor.
Penahanan penyanyi berusia 41 tahun itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Sementara itu, Shirazdeen juga berkata, selaku penganjur konsert reunion, Shiraz Projects sedang merancang untuk mengundang wartawan dalam sidang media bersama Mamat.
“Kami ada rancangan untuk buat sidang media untuk menjelaskan situasi sebenar selain memaklumkan mengenai perkembangan konsert Exists Reunion,” kata Shirazdeen lagi.
Berita baik ini juga dikongsi oleh Shiraz bersama anggota-anggota Exists Reunion yang lain.
“Tiada yang terbaik untuk kami lafazkan selain mengucap syukur ke hadrat Allah SWT.
Terima kasih kepada pihak penganjur Shiraz Projects yang sangat peka dan prihatin. Ini menunjukkan pihak penganjur konsert kami menjalankan tanggungjawab yang lebih dari komitmen sebenarnya.
“Perkara sebegini harus dicontohi oleh yang lain, “ujar anggota Exists Reunion
Sementara itu, Shiraz Projects juga berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus bertanya khabar dan prihatin dengan situasi yang melanda.
“Kami amat menghargai sokongan yang anda berikan dan Shiraz Projects akan sentiasa berkongsi perkembangan mutakhir mengenai konsert Exists Reunion dari semasa ke semasa, “tambah Shiraz.
Kredit: Shiraz Projects
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...