Juri tetap program Famili Duo, Mas Idayu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen terhadap persembahan para peserta di minggu separuh akhir, malam ini.

Pengumuman itu dimaklumkan rakan juri, Ajai sebelum melontarkan komen terhadap persembahan pertama daripada Siti Saida dan Siti Sairah.

“Saya ada pengumuman di sini. Mas Idayu tidak akan memberikan komen apa-apa pada hari ini.

“Sebab dia risau komen yang diberikan nanti akan disalaherti. Jadi saya menghormati keputusannya,” kata Ajai.

Ads

Para penonton yang berada di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagaimanapun dilihat memberikan sokongan kepada penyanyi lagu Robek Hatiku itu.

Malah, Saida dan Sairah turut memujuk Mas Idayu dan mahu mendengar komen daripdanya, namun penyanyi berkenaan hanya tersenyum dan memberikan reaksi ‘bagus’.

Ads

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila penyanyi Sissy Imann sebak sehingga mengalirkan air mata selepas mendengar komen pedas Mas Idayu, minggu lalu.

Sissy bersama sepupunya, Naim Daniel  menyampaikan lagu Jampi dalam versi keroncong menerima respon negatif Mas Idayu. 

Ads

Sissy yang kehilangan kata-kata sejurus insiden tersebut juga tidak muncul di segmen terakhir program tersebut.

Namun, Mas Idayu akhirnya ‘mengalah’ seterusnya memberikan komen terhadap persembahan kedua yang dijayakan Ayda dan Fyna Jebat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI