Selepas segelintir selebriti tempatan mengkritik cara penjuriannya menerusi program realiti Famili Duo yang didakwa kasar, penyanyi Mas Idayu tampil menyuarakan pandangannya.
Sambil mempersoalkan mengapa sekarang baru ada di antara mereka yang cuba memberikan respon terhadap cara komennya yang sedemikian, Mas Idayu, 51, memilih untuk fokus dengan komitmennya sendiri.
View this post on Instagram
“Siapa yang berkokok tu? Mereka memang tak kenal Mummy (panggilan mesra kepada Mas Idayu) ke selama 38 tahun dalam industri dan 16 tahun kerja sebagai juri? Kenapa baru sekarang mereka nak berkokok?
“Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon, jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.
“Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka. Itu mungkin tanggapan mereka sahaja kerana saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi,” katanya, lapor mStar.
Penyanyi lagu Selangit ini pada masa sama menambah, dia hanya menjalankan tugas dengan memberikan komen ikhlas.
Malah sebelum menandatangani kontrak program berkenaan, dia tidak diberi sebarang amaran oleh pihak produksi untuk tidak memberikan komen pedas kepada peserta.
Jelasnya, ini bermakna pihak TV3 sendiri suka dengan karakternya dan tidak pernah melarang dia bersikap tegas ketika memberi penjurian.
“Saya hanya menjadi diri sendiri dan sebelum menandatangani kontrak pun, pihak produksi tidak memberi sebarang syarat cakap jangan terlalu marah, jangan terlalu kasar.
“Dalam mana-mana program stesen TV pun saya tidak pernah diberi amaran. Ini bermakna mereka suka dengan karakter saya. Betul tak? Bila kita tidak ditegur maksudnya karakter itu memang diperlukan,” katanya lagi.
Sementara itu, Mas Idayu berharap agar Sissy dan Naim mengambil positif terhadap kritikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik.
“Kepada Sissy dan Naim, awak kenal Mummy, kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar.
“Cuma silapnya pada minggu tersebut mereka membuat persembahan di luar kemampuan mereka. Peserta lain patut cemburu kerana saya marah Sissy dan Naim bermakna saya peduli tentang mereka,” katanya.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/8ttp5ExNbn0
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI