
Pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Khairul Amri Tan Sri Dato’ Sri Khalid, 37, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di GlamHall Damansara, Petaling Jaya, pada jam 10.40 pagi tadi.
Majlis tertutup itu menyaksikan Wanna, atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali, 28, dinikahkan oleh Ustaz Abdul Salam dari Masjid Damansara Perdana dengan wali bapanya, Mohd Ali.
Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan, selain mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.
Majlis resepsi pasangan yang tampil serasi dengan tema klasik moden akan diadakan malam ini di lokasi yang sama, malam nanti.
Sebelum ini, Wanna yang juga anak kepada penerbit terkenal Datuk Ayu Puteh, mendedahkan bahawa dia telah bertunang dengan Khairul Amri pada 9 November tahun lalu.
Namun, berita gembira tersebut hanya diumumkan kepada umum menerusi Instagram pada 2 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Hadapi Situasi Ini Pun Saya, Tak Boleh Nak Tutup Mulut Orang,” – Shuib Ulas Jodoh Hidup

“Saya serahkan semuanya pada Allah SWT. Saya tak berani nak cakap.” Itu kata usahawan dan pelawak, Shuib ketika ditanya mengenai soal jodoh selepas kira-kira lima bulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Menurut Shuib, apa yang difokuskannya ketika ini ialah anak-anak mesti tidak menafikan ibunya turut bertanya mengenai soal pasangan hidup.
“Yang penting, saya cuma harap yang terbaik untuk anak-anak. Nak bercerita mengenai hal yang depan-depan soal benda itu… bukan tak reti, mak pun ada cakap cubalah berkawan dengan sesiapa dulu.
“Entahlah… saya memikirkan anak-anak yang ramai selain masa. Malah keadaan diri saya yang ‘on and off’, itu yang buatkan ia sukar sedikit,” katanya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menambah, meski dia ada mengenali seseorang, ia bagaimanapun masih terlalu awal dan menyerahkan soal jodoh kepadaNya.
“Ada yang cakap masih terlalu awal, ada yang berpendapat kena cepat (cari pasangan) sebab untuk ‘menggerakkan’ diri kita. Selagi begini dan tak berkawan dengan siapa-siapa kan?
“Tapi saya sendiri terfikir kadang-kadang saya pun jarang keluar. Kalau isi masa sekali pun mesti bersama anak-anak. Malah kebelakangan ini pun saya tidak terlalu terlibat dengan industri seni.
“Jadi saya tak tahu bila masa saya nak terlalu tumpu hal berkaitan jodoh atau mengenali seseorang. Tak reti nak cakap bila. Saya sibukkan diri dengan anak-anak. Perhatian memang kepada mereka,” katanya lagi.
Ditanya mengenai kecaman yang diterima susulan hal berkaitan pasangan hidup baru, Shuib memilih untuk tidak mengambil berat komen berbaur negatif.
Sebaliknya, dia percaya pandangan dan perhatian daripada ahli keluarga yang terbaik.
“Saya sekarang ni macam lantaklah orang nak cakap apa. Yang hadapi situasi ini pun saya. Saya tidak boleh nak tutup mulut orang.
“Misalnya kalaulah selepas lima bulan (pemergian Siti Sarah) saya cuba cari jodoh atau apa nanti, orang mungkin cakap dulu beriya-iya sedih sangat tapi sekarang ni macam cepat pula (cari pasangan).
“Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak perlu dengar banyak perkara mengenai orang lain. Sebab hanya perlu dengar apa kata mak dan ibu mertua saya serta ahli keluarga lain. Lainlah kalau ada usik orang lain, itu lain cerita,” kartanya lagi
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama arwah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Shuib ditemui di Sidang Media Loveta x Anzalna di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nonny Nadirah Mohon Maaf Atas Segala Salah Silap – “Setiap Individu Itu Melalui Fasa Ujian Berlainan

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah yang baru-baru ini terkait dengan kisah sensasi melibatkan beberapa posting di laman Instagram miliknya, tampil meminta maaf kepada semua di atas khilaf yang pernah dilakukan sebelum ini.
Mengambil keberkatan Ramadan, bintang berusia 32 tahun ini turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Titipan luahan dan permohonan maaf itu dikongsikan pemilik nama lengkap Nonny Nadirah Zainuddin itu menerusi Insta Story.
“Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya yang terang mahupun yang tersembunyi.
“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat maaf dan terima kasih untuk segalanya.
Menerusi posting sama, Nonny turut memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut, dipercayai mengenai kontroversi hangat membabitkan dirinya, baru-baru ini.
“I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf.
“Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya dari Allah. Yang tak baik itu saya,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mengakui, setiap individu melalui ujian yang berbeza-beza di antara satu sama lain.
“Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya sayang anda. Selamat berpuasa semua. Tc,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Nonny Nadirah, carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Halil Chik Telah Pergi Mengadap Illahi

Penyanyi terkenal era 70-an dan 80-an, biduan Halil Chik meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sekitar jam 7.00 pagi ini di Hospital Ampang.
Menurut rakan baik Allahyarham, Datuk Tommie Tumiran yang mengesahkan perkara itu, jenazah berkemungkinan akan dikebumikan selepas solat Asar.
“Saya terpaksa menangguhkan sebentar pengebumian, kerana menunggu adik-beradik arwah yang sedang bertolak daripada Singapura, tetapi jika mereka sempat sampai awal, kami akan melaksanakannya segera,” katanya.
Sementara itu, rakan selebriti turut merakamkan salah takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.
View this post on InstagramA post shared by Salwa Abd Rahman (@salwaabdrahman1) on
View this post on InstagramA post shared by roslanshah (@realroslanshah) on
Sumber: Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI