
Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.
Shuib dan Watie dinikahkan oleh abang Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin
Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.
Turut menjadi saksi adalah Al-Mas’ud Kamat (pakcik Watie), Muammar Amirullah Frida (abang Watie) dan Aidit Alfian Mohd Dom (kawan Shuib).
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.
Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Majlis pernikahan Shuib dan Watie juga dihadiri oleh ahli keluarga antaranya bapa pengantin lelaki iaitu Muhamad Arshad, rakan selebriti, sahabat handai serta pengamal media.
Majlis pernikahan ini juga dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah.
Turut mengindahkan lagi majlis adalah persembahan daripada dua penyanyi hebat, Anuar Zain dan Lah Ahmad.
Terdahulu, Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Untuk info, perjalanan kisah cinta Shuib dan Watie akan ditayangkan dalam siri eksklusif terbaharu Astro iaitu Walimatulurus Shuib dan Watie pada 3 Julai 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Bukan Drama, Tapi Realiti…,” – Kawan Susah Sukar Dicari… Chez Hamdan Buka Dedah Artis Mana Yang Setia Menyokongnya

Pernah membina empayar perniagaan menerusi perniagaan salun rambut, Chez Hair Studio sejak lebih sedekad lalu, pemiliknya, Chez Hamdan, 36, akur ‘jodohnya’ tak panjang dengan cinta pertamanya itu.
Ini kerana, Chez atau nama sebenarnya, Halimi Hamdan itu terpaksa membuat keputusan menutup operasi salun terbabit, ketika tahun pertama pandemik Covid-19 melanda.
Bagaimanapun, Chez sebelum itu sudah berjinak-jinak dalam dunia jualan produk rangkaian penjagaan rambut termasuk jenamanya sendiri, Chez Professional.
Adat ketika ditimpa kesusahan dan berdepan segala pancaroba kehidupan, hidupnya yang hampir jatuh tersungkur turut dipandang sinis hingga ada teman yang selama ini pernah erat di sisi mulai menjauh.
Mujur bukan semua kawan atau insan rapat bertindak sedemikian. Malah sejak berkecimpung di arena dandanan rambut ini, Chez turut membina pengaruh dan dikenali teman selebriti.
Antara artis yang masih menyokongnya biarpun diuji itu ini seperti Datuk Fizz Fairuz, Nad Zainal, Ira Mohd Amin, Riena Diana, Mona Allen, Datin Anne Ngasri, Hairul Azreen, Norman Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah, Maria Tunku Sabri, Josiah Hogan, Izreen Azminda dan ramai lagi.
“Benar kejatuhan dan ujian ini akan buat kita kenal siapa kawan sebenar atau lawan. Yang hanya datang ketika kita mempunyai segala galanya dan pergi di saat kita diuji. Lumrah hidup. Kalau dikenangkan memang ia boleh buat saya bergenang air mata.
“Ini bukan drama atau dongengan. Tapi realiti yang benar benar terjadi. Bila senang, mungkin ramai mendekati kita. Tapi sebaliknya, akan ada yang pura pura tak kenal atau terus menjauhkan diri.
“Saya bukan membodek, tapi nama artis yang terus setia menyokong itu bukti pengaruh yang mereka miliki bukan atas kapasiti kerja glamor atau tuntutan kerja semata mata. Ada di kalangan mereka berstatus popular dan ramai peminat, tapi masih tebal dengan jiwa kemanusiaan,” katanya.
Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, di kalangan artis yang disebut tak lokek menyokong.
“Ada yang tanpa disuruh mempromosikan produk rambut saya secara percuma. Malah ada yang menyokong dengan membelinya.
“Saya percaya kebaikan mereka itu bukan satu paparan drama yang dibuat buat. Tapi mereka ikhlas. Seperti mana saya ikhlas bekerja dan menata rambut mereka sebelum ini, Alhamdulillah semua itu buat ukhuwah kami kekal terjalin.
“Tak kurang juga yang sanggup memanggil saya datang ke rumah mereka untuk melakukan perkhidmatan memotong rambut anak, keluarga atau diri sendiri,” katanya lagi.
Kata Pengarah Urusan Chez Professional itu lagi, pada awal pandemik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasa, dia pernah berfikir dapat menggunakan ruang duduk di rumah itu kononnya untuk berehat.
“Namun otak penat berfikir apa yang mahu dibuat demi survival. PKP berlanjutan. Saya sampai satu tahap tak boleh bernafas. Seperti dilanda serangan panik dan kebimbangan. Nak tidur pun fikir aliran duit keluar masuk.
“Mampukah duit simpanan bertahan dalam satu jangka waktu tertentu. Salun ditutup pun ada yang cakap saya jatuh bankrup. Sampai rumah penuh dengan kotak barangan penjagaan rambut,” katanya.
Lalu, keputusan menghentikan operasi salun di era pandemik juga menghamparkan hikmah tersendiri.
“Sedih pastinya bersarang ketika salun ditutup. Situasi ini bukan seperti hubungan dengan kekasih sampai jadi bolak balik nak menyelamatkannya. Saya tanya kawan termasuk di kalangan orang Cina, mereka cakap jika sudah terlalu lama berniaga, mungkin cari angin baru.
“Pandemik yang datang jadi klimaks untuk saya buat keputusan besar. Lepaskan sesuatu yang disayangi (salun) dan pertaruh diri ke bidang perniagaan barangan rambut yang belum pasti hujung pangkalnya.
“Tahun 2020 umpama satu turning point dalam hidup dan perniagaan. Mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian,” katanya.
Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri Chez yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.
“Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.
“Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu… tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah… belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa.
“Ketika itu, saya ambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran. Hujung bulan pertama pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya,” katanya.
Tahun lalu menjadi kemuncak untuk memastikan produk jenama Chez Professional terus mencipta fenomena.
“Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mujur saya tak ada banyak sangat komitmen. Duit kereta pun sudah habis bayar. Bayaran rumah pun masih terkawal dan boleh dibayar.
“Isteri yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif juga memainkan peranan penting kerana campur tangannya menggunakan ilmu dan pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi. Dulu duit berniaga dan gaji sendiri macam tak ada beza. Sekarang ia lebih sistematik,” katanya.
Rangkaian produknya dengan tagline ‘Your Home Your Saloon’ terdiri daripada tujuh produk yang merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut dengan kualiti seperti di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.
Malah kini produknya ditambah baik menerusi perancangan Chez Upgraded 22.
“Sekarang kami nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik untuk menjadi agen memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini,” katanya.
Serentak dengan itu, kempen #duitdijari turut dilancarkan iaitu berniaga tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk ‘dropship’. Malah usaha merekrut ahli agen elite juga berterusan.
Produk dipasarkan di bawah syarikat Chez Professional Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 November 2020 berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja.
Chez ketika ditemui pada majlis Chez Upgraded 22 turut memaklumkan akan kembali membuka salun rambut di sebuah lokasi baru di Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Berjaya Dunia Akhirat…,” – DSV Sediakan Ustaz Belajar Al-Quran, Doa Moga Cik B & Kacak Anak Yang Hebat

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ada berkongsi cerita perihal anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dan juga anak lelakinya, Muhammad Eric Zaquan.
Menerusi foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya kelihatan kedua anaknya itu sedang mengaji Al-Quran bersama seorang ustaz.
“SALAM JUMAATT..DOAKAN CIK B @cikb_havoc66 @kacak_._ . Jadi anak yg HEBAT dunia Akhirat..,” tulisnya ringkas.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara usahawan kosmetik itu mendidik anak-anaknya.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi DSV.
Imbas kembali, Vida berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Ngilu Tengok! Bahagian Atas Tumit Anak Aidid Marcello Terpaksa Dijahit Gara-Gara…

Pengacara dan pengarah kreatif, Aidid Marcello ada memuat naik ‘dua kisah’ menarik melibatkan dua anak lelakinya, Ibrahim dan Iman yang masing-masing melalui situasi sukar pada Rabu.
Perkongsian Aidid menerusi Instagram itu turut mendapat reaksi dari peminat.
“Ok petang tadi cerita adik dia @ibrahimmarcello cabut 2 batang gigikan???? Ni cerita abg dia plak @imanmarcello yg degei x mau pakai kasut bila kayuh ‘geghek’ so bila emergency break… tebaboom!!! Inilah hasilnya.. warna-warni Hari Rabu!,”tulisnya.
Malah, menerusi beberapa keping foto yang dilampirkan, ia turut memaparkan sebelum dan selepas bahagian kecederaan yang dijahit.
View this post on InstagramA post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Terdahulu, adik kepada Iman, Ibrahim pun terpaksa dicabut dua batang giginya yang sudah pun bergoyang sejak beberapa hari lalu.
View this post on InstagramA post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Foto: Instagram Aidid Marcello
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI