Penyanyi rap, Joe Flizzow mengakui berasa berbangga selepas diberikan kesempatan untuk memertabatkan muzik rap Malaysia ke mata dunia hasil kolaborasi terbaru bersama rapper ternama Amerika Syarikat, Snoop Dogg menerusi album ALGORITHM (The Global Edition).

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, telah diberikan ruang untuk berkongsi lagu bukan sahaja bersama Snoop Dogg tetapi juga bersama dua idola masa kecilnya iaitu rapper lagenda iaitu Redman dan Method Man.

“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya
Snoop, Algorithm (Global Edition).

“Method Man dan Redman merupakan legenda industri hip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi.

“Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan Method Man dan Redman sambil diperkenalkan oleh Snoop Dogg adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan

“Saya rasa ini adalah salah satu impian
saya yang terkabul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan
Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,” katanya kepada MH.

Ads

“Masa 14 Tahun Kanak-Kanak Lain Nak Jadi Doktor Tapi…,” – Kolaborasi Dengan Snoop Dogg, Redman & Method Man, Joe Flizzow Pesan Jangan Pernah Henti Bermimpi “Masa 14 Tahun Kanak-Kanak Lain Nak Jadi Doktor Tapi…,” – Kolaborasi Dengan Snoop Dogg, Redman & Method Man, Joe Flizzow Pesan Jangan Pernah Henti Bermimpi

Menurut Joe, Snoop Dogg amat tertarik setelah mendengar beberapa lagu terbitan syarikat rakamannya, Def Jam SEA dan dia sendiri memilih untuk berkolaborasi bersama dirinya dan seorang lagi rapper Singapura,
Yung Raja.

“Kerjasama ini bermula dengan sebuah mesyuarat ZOOM di antara Snoop Dogg
dan saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja  dan saya sendiri.

“Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,” kongsinya lagi.

Ads

“Masa 14 Tahun Kanak-Kanak Lain Nak Jadi Doktor Tapi…,” – Kolaborasi Dengan Snoop Dogg, Redman & Method Man, Joe Flizzow Pesan Jangan Pernah Henti Bermimpi “Masa 14 Tahun Kanak-Kanak Lain Nak Jadi Doktor Tapi…,” – Kolaborasi Dengan Snoop Dogg, Redman & Method Man, Joe Flizzow Pesan Jangan Pernah Henti Bermimpi

Joe turut menyeru kepada semua untuk jangan pernah berhenti bermimpi sebaliknya berusahalah dengan kerasa sehingga mimpi tersebut menjadi kenyataan.

“Jangan pernah berhenti bermimpi. Saya memang mengimpikan perkara ini sejak kecil. Saya ceburi bidang muzik ini bukan kerana menginginkan kehidupan yang mewah, sebaliknya demi kecintaan kepada muzik hip-hop.

“Semasa berumur 14 tahun, kanak-kanak lain ingin menjadi doktor, peguam dan sebagainya tetapi saya terus terang kepada cikgu yang saya ingin menjadi rapper. Ramai juga yang mula bimbang dengan pilihan saya itu.

Ads

“Saya berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana mereka sangat memahami. Kami buat perjanjian, saya harus tamatkan pengajian di peringkat kolej. Kemudian, barulah saya boleh buat apa yang saya mahu.

“Ketika ini, saya rasa seperti kanak-kanak semula kerana mimpi itu jadi kenyataan. Saya sangat bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini,” akhirinya.

“Masa 14 Tahun Kanak-Kanak Lain Nak Jadi Doktor Tapi…,” – Kolaborasi Dengan Snoop Dogg, Redman & Method Man, Joe Flizzow Pesan Jangan Pernah Henti Bermimpi

Album Snoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau dan Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop untuk munchl dalam lagu Alright bersama Redman dan Method Man serta Nefertitti Avani.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI