Pelakon, Didi Astillah kecewa dengan tindakan abang iparnya yang juga penyanyi, Aliff Aziz yang didakwa memberikan kenyataan ‘putar belit’ kepada pihak media bagi menutup kesalahan sendiri khususnya kes tangkap khalwat.
Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah tampil mempertahankan kakaknya, Bella Astillah menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menurutnya, sebagai seorang adik, dia tidak tahan melihat kakaknya itu terus ditindas.
“Sumpah dah malas sebenarnya nak cakap apa-apa tapi macam non stop pula dia keluarkan statement yang lari topik. Mungkin Kak Long saya jenis penyabar dan boleh diam.
“Tapi saya tak suka bila Kak Long saya di tindas dengan putaran dan belitan ayat-ayat mereka ini. Saya dibesarkan bukan sejenis backup family kalau betul dah buat salah,” tulisnya.
Akui kakaknya juga ada membuat kesilapan, namun, Didi juga mahu Aliff menyedari kesilapannya yang dikatakan jauh lebih besar.
“Yes kak long saya pernah buat kesalahan, tapi kalau abang sayang, hormat dan perlakukan dia sebagai seorang Isteri, mustahil untuk benda-benda itu terjadi.
“Setelah 10 tahun dia terima dan bersabar atas kecurangan abang. Tapi dia dah lama pun bertaubat dan yang paling penting mengaku dan sedar dengan kesilapan.
“Tapi abang ? Bila nak bertaubat. Salah tetap salah. Saya percaya apa yang mereka cuba buat adalah untuk mengaburkan mata semua orang denvan kes tangkapan khalwat mereka which is benda ni lah yang paling penting dan utama bukan hal lain,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Didi turut mempertikaikan jawapan Aliff ketika ditanya tentang isu berdua-duaan dengan Ruhainies pada malam mereka ditangkap khalwat.
“Takkanlah pasangan kekasih dah ber LU LU, MU MU datang set bersama tak buat apapa? Umpama kucing menolak ikan.
“Bau ikan pun kucing dah tertarik sedangkan di set pun berani bermesra-mesra, inikan pula dah depan mata atau berdua-duaan dalam rumah?,” soalnya.
Bukan setakat itu, Didi turut mendedahkan Aliff juga pernah mempunyai hubungan sulit dengan wanita berstatus isteri orang.
“Bila ada lelaki lain di samping Kak Long, tahu pula nak melenting. Tapi, masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula? Tak nak ulas apa-apa ke?,” katanya lagi.
Didi turut mempersoalkan keikhlasan Ruhainies menerusi permohonan maaf yang dilakukan beberapa sebelum ini.
“Lepas itu, yang lagi sorang tu. Lepas minta maaf pun, ingat saya tak tahu ke yang awak tetap pergi kat orang2 and masih cakap yang “Bella Perangkap” ? MUNAFIK.
“Kita ni zaman bila nak perangkap-perangkap. Awak tak cukup umur lagi ke atau awak dah gila ke atau kedua-duanya sekali eh?,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.