Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan bahawa telah kembali rujuk bersama suaminya, penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi entri terkini Bella di Instagram, pelakon dan penyanyi ini turut mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua bersama pengikutnya di ruangan komen posting tersebut.
Malah, penyanyi berusia 26 tahun itu memohon kepada peminat untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan anak yang sedang dikandung.
“MasyaAllah terima kasih ya, doakan Bella tau.
“Alhamdulillah masa dalam iddah lg jadi tak perlu kahwin semula doakan ya,” tulisnya.
Disamping itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata setiap perkara yang terjadi merupakan perancangan Yang Maha Esa.
“Itu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu, saya jalani, tawakkal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan,
“Kenangan pahit tp menjadi pengajaran hebat buat semua, terima kasih atas doa awak,” tulisnya selepas ditanya peminat.
Imbas kembali, Bella mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean, 3 tahun.
Bella sebelum ini pernah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac 2019.
Foto: Instagram Bella Astillah