“Dulu Tonton MeleTOP, Kita Macam… ‘Cantiknya Lofa’,” – Hawa Rizwana

Share

Menggalas tanggungjawab sebagai hos tetap program hiburan MeleTOP, Hawa Rizwana tidak menafikan tekanan yang dihadapi bukan mudah, sementelah rancangan tersebut sudah pun mempunyai kelompok peminat sendiri.

Ditanya mengenai perasaannya menggantikan posisi Neelofa yang sebelum ini telah pun bersama MeleTOP lebih lapan tahun bersama Nabil Ahmad, Hawa percaya kepada rezeki.

“MeleTOP sudah 10 tahun dan Neelofa bersama Nabil kemudinya selama lapan tahun. Masa dulu pun kita tonton juga, kita macam … ‘cantiknya Lofa’. Jadi tidak dinafikan penanda aras yang diletakkan mereka itu tinggi.

“Malah, mereka bawa nama MeleTOP itu besar. Tapi bagi saya, peluang sudah diberi, rezeki Allah dah bagi. Kita buatlah, sebab rasanya jika tawaran ini dapat pada sesiapa pun, mereka akan ambil juga,” katanya kepada MH.

Mengulas mengenai cara pembawaannya di dalam program hiburan mingguan itu, Hawa lebih senang menyerahkan hal tersebut kepada yang menonton.

“Saya rasa apa sahaja yang saya lakukan adalah hanya jadi diri sendiri. Terserah kepada mereka di luar sana. Sebab bagi saya, jika siapa-siapa pun yang berada di tempat saya mesti mahu orang kenal bukan kerana individu lain.

“Harapnya satu hari nanti, orang di luar sana dapat terima baik buruk saya,” katanya yang turut bertuah kerana Nabil disifatkan sebagai rakan pengacara yang sangat menyokong, malah sejak diundang sebagai hos jemputan sebelum ini.

Artikel Berkaitan;

”Tu Dia…,” – Hawa Rizwana Diumum Hos Tetap MeleTOP

Hawa Rizwana Malu-Malu Nak Tatap Mata Khai Bahar; “Dia Pandai Buat Pasangannya Selesa.”

Kejutan! Kool FM Dijenamakan Semula Sebagai Buletin FM, Hawa Rizwana, Ally Iskandar & Fedtri Yahya Antara Muka Baru

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH