Penyanyi Amir Jahari akui teruja kerana akhirnya dia dapat membeli kereta pertamanya pada usia 32 tahun.
Menurut Amir, dia memutuskan untuk membeli kereta tersebut bagi memberikan keselesaan buat keluarga bergerak.
“Kalau dulu, aku rasa benda ni mustahil. Tapi bila aku nekad nak bagi keselesaan untuk anak-anak bila kami travel jauh, nak jemput dan bawa family dari Sarawak jalan-jalan bila datang KL, slowly, aku nampak jalannya,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Hasrat itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Amir turut memaklumkan dia membeli kereta ini dengan wang simpanannya dan bukan hasil daripada kemenangan di Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), baru-baru ini.
“NOPE. Ini bukan dari duit menang #AJL38. Orang kata #AJL38 ni turning point aku. Pun bukan.
“Masa viral kisah aku hidup susah, macam-macam orang kata. Ada yang suruh aku kerja grab la, kerja kilanglah, kerja 7/11 lah. Jangan buat muzik lah.
“Jangan malas lah. Jangan memilih kerja lah. Muzik ni tak sesuai untuk aku lah. Orang kata aku tak menyimpan lah. Macam-macam.
“Padahal masa video tu viral, hidup aku dah makin baik dah. Sebelum tu susah bukan sebab aku malas. Bukan sebab aku memilih untuk bekerja,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, anak jati Sarawak ini turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya sebagai pemalas dan degil untuk memperbaiki hidup demi keluarga.
“Macam-macam juga kerja aku buat. Aku mengajar di Sri Aria Elementary School dan Pondok Seni, aku buat servis cipta lagu juga.
“Aku pernah mintak kerja dengan Luncai Emas. Tapi keadaan aku tak stabil, kejap aku okay, kejap aku tak okay.
“Tau tak yang kelakarnya kan, bila aku nak stop buat muzik, masa tu lah bertubi-tubi job masuk. Satu-satu.
“Aku ingat lagi 1st job aku jadi host untuk Khemah Kita Bah, tapi aku tetap kena buat muzik. Thanks to @fairulhilmi yang bawa aku keluar.
“Lepas tu, satu-satu job masuk, termasuklah Nik Amir mintak buat OST dan yang lain-lain. Masa tu aku pakai nama Hamba,” kongsinya.
Katanya lagi, dia mula tersedar dan mahu bangkit mengubah kisah hidupnya setelah pemergian bapanya dua tahun lalu.
“Turning point aku bermula pada tahun bapa aku meninggal. Aku main muzik balik. Aku buat tour walaupun tak de modal.
“Banyak aku fikir dan banyak aku belajar. Aku makin serius menyimpan. Aku mula belajar tentang investment.
“Fast forward, Alhamdulillah, my first ever Car,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amir Jahari