“Masa I Susah, Batang Hidung Pun Tak Nampak, Tak Tahu Malu Ke?,”- Fatin Afeefa

Share

Bintang filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa ada menulis satu twit menerusi akaun media sosial Twitter miliknya.

Menerusi twit tersebut, Fatin telah meluahkan rasa marah dan berang kepada seorang individu yang tidak pasti ditujukan kepada siapa.

“Masa i susah, batang hidung pun tak nampak. Sekarang alhamdulillah dah selesa, datang mengendeng. Tak tahu malu ke?” tulisnya.

Lalu, perkongsian pelakon berusia 25 tahun itu mendapat perhatian pengguna Twitter lainnya.

Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu telah menerima kata-kata nasihat daripada peminat untuk supaya sentiasa sabar dengan dugaan kehidupan.

Begitulah manusia, bila susah baru nak cari. Bila dah senang lupa diri, betul tak?

Foto : Instagram & Twitter Fatin Afeefa

Published by
Nazar Rafiqhi