Sebentar tadi, pemuzik terkenal, Edrie Hashim ada memuat naik sekeping foto anak sulungnya, Darren Haikal bersempena dengan ulang tahun kelahiran remaja berkenaan yang ke-15.
Edrie antara lain memberi dedikasi terhadap anak lelakinya itu yang telah didagnosis sebagai penghidap autistik seawal usia setahun tiga bulan.
“15 tahun dulu, this boy came into my life and changed my world. Masa kecik he always berkepit with me everywhere! …now dah 15 tahun, nak peluk pon susah. He’s a big boy now. If only he is normal… im sure he would ROCK THE WORLD Harder than his old man ever did.. with that look and karisma.
Ads
“Ruginya orang tak dapat kenal dgn darren ?…Daddy loves u Darren… u will always be my boy… and i will always have your back! Happy Birthday DARREN HAIKAL EDRIE,” tulisnya.
Bakal melangsungkan perkahwinan, pengacara dan model, Ain Edruce berkongsi beberapa keping foto upacara mandi bunga dan berinai di laman Instagram miliknya.
Serba sederhana namun cukup bermakna apabila diraikan bersama keluarga tercinta.
Sebanyak RM10,000 diperuntukkan untuk setiap waris mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland, pada Jumaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut memberikan RM1,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) setiap mangsa yang tidak membabitkan kematian dalam insiden berkenaan.
Perkara itu dikongsikan menerusi saluran media sosial Perdana Menteri, lewat malam tadi.
“Saya hadir bagi mendengar taklimat dari agensi dan pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tanah runtuh di Gohtong Jaya.
“Sedih dan dukacita saya kepada keluarga mangsa yang terlibat. Salam takziah buat mereka.
“Setakat ini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.
“Pihak NADMA dan JPM dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor akan memudahcara dalam menyalurkan bantuan terus kepada keluarga mangsa.
“Penghargaan yang tidak terhingga buat pasukan mencari dan menyelamat yang bekerja dalam suasana yang getir dan sukar berdepan dengan risiko yang juga besar.
“Memohon doa dari semua agar operasi mencari dan menyelamat dipermudah dan nasib keluarga yang terlibat dapat dibela sebaiknya,” katanya.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira satu jam mendengar taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat serta meninjau lokasi kejadian.
Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Dalam pada itu setakat pukul 7 malam tadi, media utama melaporkan seramai 21 orang daripada 94 mangsa disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkemahan di sini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagu Sirih Pulang Ke Gagang, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Akmal Mustafa dan Aniq Muhai serta dipersembahkan oleh kumpulan UNIC, dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Carta 114 musim kedua.
Kemenangan ini melayakkan kumpulan tersebut membawa pulang hadiah utama bernilai RM20,000.
Fitri Haris mewakili UNIC berkata, kemenangan yang diraih sebagai kejutan memandangkan mereka tidak berpeluang untuk berlatih bersama dalam tempoh panjang atas kekangan masa.
Selain hadiah utama, UNIC turut Bazli dan Fakhrul itu juga membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik dan wang tunai RM10,000.
Hanya Sempat Berlatih Saat Akhir
“Jujurnya perasaan kami bercampur-baur dan tak percaya. Kami bersatu buat pertama kali malam ini kerana masing-masing ada komitmen sebelum ini.
“Malah saya sendiri baru sampai dari United Kingdom, semalam dan sudah tentulah sesi latihan kami dilakukan secara berasingan.
“Bagi kami, ini rezekiNya. Kami sempat berlatih sama dalam kereta. Apa pun, mungkin inilah bukti 23 tahun keserasian yang dapat kami capai walau tidak bersama.
“Apa yang saya nak tekankan, kebersamaan itu sangat penting. Alhamdulillah, dalam tak percaya, kami bersyukur dan terima kasih kepada yang menyokong dan para juri,” katanya kepada MH.
Fitri berkata demikian ketika ditemui sejurus malam kemuncak Anugerah Carta 114 di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumupur, malam tadi.
Sementara itu, lkumpulan Darwish menerima Anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000.
Kumpulan duo itu membawakan lagu Abu Ubaidah ciptaan sepenuhnya Faiz Darwish.
Selain UNIC dan Darwish, lima peserta lain yang berentap di Anugerah Carta 114 termasuk Kumpulan Rabithah, Kumpulan Madinah, Haadi, Idris Shamsuddin, dan duo Halim Ahmad dan Aiman Sidek.
Optimis Angkat Industri Nasyid
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah iaitu Puan Nadzariah Mohamed berkata, tujuan Anugerah Carta 114 khusus bagi memartabat dan mengangkat industri nasyid di Malaysia.
Ia pada masa sama dilihat sebagai platform terbaik bagi menyampaikan dakwah kepada audiens.
“Bait-bait lirik dalam nasyid memang membawa ke arah kebaikan dan ini merupakan salah satu platform untuk mendidik jiwa seseorang.
“InsyaAllah TV AlHijrah akan teruskan dalam mendidik masyarakat dan memberikan yang terbaik. Ini juga sebagai platform untuk penggiat seni muzik Islam supaya dapat berada di arus perdana,” katanya.
Anugerah Carta 114 dijurikan tiga juri profesional yang diketuai oleh Farihin Abd Fatah, Amran Omar dan Razin Mestica.
Selain persembahan peserta, Anugerah Carta 114 turut disajikan dengan persembahan oleh kumpulan nasyid legenda, Rabbani yang menyampaikan beberapa buah lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...