Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada mengimbau momen ketika dia bersama rombongannya melancong ke luar negara, tidak lama dulu.
Tidak sah jika tidak membeli-belah di negara orang, usahawan selebriti ini turut meluahkan pandangan apabila mengenangkan situasi yang berlaku ketika ini.
“Masa ni swep jer duit sampai habis berjuta. Hidup ini ada pasang surutnya. Kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah sbb tu kita kena beringat dan bila kita di atas kita kena ingat untuk menyimpan.
“Kalau di kenang kenangkan balik, apabila tengok video ni terasa macam abang sedikit membazir shopping x fikir apa2.
“Kalau abang tahu nak jadi macam covid ni mesti abang menyimpan. Maklumlah bila dah ada penyakit virus seperti ini semua bisnes terjejas,” tulisnya.
Aliff pada masa sama turut punya idea menjual barangan yang pernah dibeli bagi membantu golongan memerlukan pada saat krisis kini.
“Sekurang-kurangnya duit yang terlebih shopping ni bokeh juga abang salurkan bantuan kepada orang yg sedang kesusahan skrg ni.
“Jujurnya abang dah membantu. Tetapi abang rasa tidak puas sebab abang rasa seperti nak jual je barang barang yang abang beli ketika abang bercuti ni utk bantu org susah, patut ke abg jual?? utk bantu org bebtul susah,” tanya bapa kepada lima cahaya mata ini menerusi entri IG TV yang dimuat naik.
Terdahulu, Aliff menerusi media sosial ada berkongsi rakaman video sewaktu pihaknya membuat agihan derma kepada petugas hadapan baru-baru ini.
Foto: IG TV Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI