Meski telah diarahkan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan selama tempoh 14 bagi mengawal penularan wabak koronavirus (COVID-19), namun, ada juga segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan perkara tersebut.
Malah, mereka mengambil kesempatan untuk bercuti, pulang ke kampung dan bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan.
Hal ini telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak, termasuk penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi.
“Lantak korang lah. Sekarang dapat nikmat duduk rumah , family time/bonding , nanti bila dah bzzzzz, masa tu barulahhh rasa berapa berharganya masa Allah bagi kita berehat ni.
“Masa tuuu korang duduk rumah siap. ish ish ishhhh,” tulisnya.
Foto tersebut dikongsikan Heliza menerusi papan tanda di lebuh raya di ibu kota.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah. Jelasnya ‘Tolonglah. Stay put where you are’.
Malah, peraturan tersebut berkuatkuasa bagi tempoh mulai 18 hingga 31 Mac ini.
Menurut warta tersebut, mereka yang melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini boleh disabitkan denda tidak melebihi RM1,000, atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Foto : Instagram Heliza Helmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI