Pelakon versatil, Fasha Sandha ada berkongsi kisah perihal gelagat dua anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma yang teruja apabila terserempak dengan rakan selebriti ibunya, Datuk Aznil Nawawi.
Aznil atau Pak Nil yang sinonim dengan watak Profesor Klon menerusi filem Cicak Man, disifatkan Fasha sebagai insan yang dimiliki aura cukup kuat hingga membuatkan anak-anaknya cukup senang dengan kehadiran hos terkenal itu.
“Aura… Memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. AURA tidak pernah akan pudar, jika ada pada insan terpilih.
“Kalau kanak2 pun suka, bermakna selebriti itu adalah insan yang baik.
“Kisah semalam apabila terserempak dengan Datuk Aznil di dentist, masa tu datuk pakai mask, masuk je dalam klinik, anak2 terus menjerit excited , OMG professor KLON.
“Mata je pun anak2 dah kenal. Hebatnya Aura seorang otai, filem dah 16 tahun lalu tapi fenomena nya sampai sekarang,” kongsi Fasha.
Di samping itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih buat Pak Nil yang turut memberikan ‘angpau’ buat kedua anaknya.
“Terima kasih Paknil dan bodyguard Paknil yang melayani kerenah dua2 anak ku, beratus soalan tanya pada Paknil. Paknil tabah je melayan.
“Semoga Paknil @aznilnawawihm terus sukses dan diberikan kesihatan yang baik.
“Terima kasih juga kasi angpow untuk #iburayfalrayshaaisha beli toys semalam, semoga murah rezeki selalu,” jelasnya lagi.