Pelakon Hairul Azreen ada berkongsi dua keping foto lama di samping kereta jenis Proton yang merupakan kereta pertamanya.
Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, dia ada melakukan beberapa pengubahsuain terhadap kereta berkenaan meski pernah disindir kenalan.
“My first car. Dulu saya pasang spoiler semua cakap nak gantung baju ke! Dulu saya tukar body kit semua org cakap ,kau ingt kereta kau Subaru Impreza!
Ads
“Dulu saya tukar seat recaro orang cakap tak payah yo yo ooo sangat kereta 1.3 je! Iswara tetap iswara rul.
“Saya tahu masa tu gaji saya RM1600 saya tak mampu nak beli GTR Ke Ferrari ke tp saya ada impian ada cita2 tau (tak salah berangan),” tulisnya.
Ads
Hairul dalam pada itu turut menjelaskan, tiada salah untuk mengejar impian kerana siapa tahu impian yang diangan-angankan itu boleh menjadi kenyataan.
“Guys terus lah kejar impian anda mana tau satu hari nanti jadi kenyataan ,ingat tak payah peduli apa orang nak cakap , yang penting jgn give up kita je tau apa yg terbaik utk diri kita sebab #TheBestNeverRest,” tulisnya lagi.
Berikutan kes baru Covid-19 yang semakin meningkat saban hari, usahawan, Bonda Rozita memutuskan untuk menghentikan operasi Rumah Hutan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.
Menurut Rozita, meski pun keadaan ekonomi ketika ini agak tidak menentu namum, dia tetap menyifatkan keputusannya itu adalah untuk kebaikkan bersama.
“Makin banyak kes Covid 5725 (kes baru harian). Walau susah tak ada bisnes, saya tak berani buka rumah hutan. Biarlah bertahan sampai lepas vaksin datang,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri ini turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhemah dan berjimat cermat terutamanya ketika menghadapi detik sukar ini.
“Jika anda dapat mana-mana duit dari I-sinar atau mana-mana KWSP, simpan berjimat untuk keperluan makan minum. Covid ni kita tak pasti berakhirnya bila,” jelasnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Rozita menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Rumah Hutan merupakan servis hospitaliti berkonsepkan spa resort yang terletak di Batang Kali, Selangor.
Sumber: Instagram Bonda Rozita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai tanda menghargai dan sudah dianggap seperti keluarga sendiri, penyanyi Datuk Nora Ariffin turut membawa pembantu rumahnya bersama-sama bercuti di Pulau Langkawi.
Menurut Nora, pembantu rumah terbabit sudah lebih 20 tahun berkhidmat dengan keluarga penyanyi yang sinonim lagu Di Persimpangan Dilema itu dan Hanya Satu itu.
“Ini adalah pembantu rumah saya. Tapi kami sebenarnya sudah anggap macam family. Kawan-rapat rapat pasti mengenali dia.
“Alhamdulillah dah 23 tahun bersama saya. Saya share dgn niat supaya kita semua menghargai kebaikan orang pada kita.
“Mungkin dia tidak berpelajaran macam kita tapi mungkin dia jauh lebih mulia dari kita,” tulisnya.
Jelasnya lagi, wanita terbabit juga banyak berjasa dalam membantu serta menjaga seluruh ahli keluarganya.
Dalam pada itu, Nora meluahkan rasa sebak setelah melihat senyuman kegembiraan terukir di wajah pembantu rumahnya itu.
“Sebak saya melihat betapa gembira dia bila dapat sama-sama bercuti dengan saya.Tak pernah datang Langkawi, naik cruise jauh sekali.
“Sebagai majikan, inilah cara saya menghargai jasa dia menjaga saya, suami & anak-anak selama ni. Setiap kali saya kurang sihat, dialah orang yang akan risau, kadang-kadang menangis, risau pada saya.
“Alhamdulillah ini adalah insan yang Allah hantar untuk saya. Rezeki yang sangat bernilai,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Demikian reaksi pelakon senior, Azhar Sulaiman terhadap sikap segelintir pelakon baharu yang dikatakan memandang rendah anugerah yang diberikan industri tempatan sebaliknya mengagungkan pengiktirafan daripada negara luar.
Menurut Azhar, tidak salah untuk seseorang itu bercita-cita tinggi namun tetap harus berpijak di bumi nyata.
“Industri kita ini kecil sahaja dan anda nak bercakap tentang anugerah luar? Anda nak memperbodohkan siapa ni?
“Kita kena tahu bagaimana nama-nama seperti Michelle Yeoh dan Henry Golding boleh sampai ke tahap itu. Ada artis yang berjaya dan ada yang tidak. Malah, ada juga yang ‘perasan’.
“Memiliki cita-cita tinggi itu memang bagus tapi pada masa sama, kita jangan memperlekehkan usaha yang orang lain buat untuk industri tempatan seperti mempromosikan teater, seni persembahan atau penganjuran anugerah,”
Azhar berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36, baru-baru ini.
Katanya lagi, meskipun industri seni ketika ini sudah semakin berkembang, namun, cara pembawakan diri tetap memainkan peranan.
“Kita ambil contoh pelakon baharu seperti Idan Aedan. Dia sudah muncul di platform Netflix. Ketika ini, ada banyak platform penstriman dan lebih ramai orang luar yang boleh menonton bakat tempatan.
“Seperti Hairul Azreen pula, lakonan aksinya sangat hebat. Bila-bila masa sahaja produksi luar boleh panggil. Zaman dahulu, kita memang bergantung kepada media tradisional untuk mempromosikan diri.
“Zaman sekarang, kita tinggal letak muka di media sosial, orang Hollywood pun boleh suka pada kita. Bukan kerana bakat sangat pun.
“Mungkin dengan cara kita bercakap dan pembawakan diri membuatkan mereka tertarik dan ingin membawa kita di dalam projek mereka,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Keluarga Iskandar ini menyeru seluruh anak seni untuk sentiasa menyokong dan meraikan majlis anugerah yang diadakan untuk menghargai jasa para pemain industri.
“Kita tak boleh memandang rendah atau bercakap sesuatu yang buruk tentang anugerah tempatan. Majlis anugerah untuk menghargai anak seni ini bermula daripada peringkat sekolah lagi.
“Itulah ruang kita mencungkil bakat. Sama juga usaha-usaha yang dilakukan stesen-stesen tv seperti Astro dan TV3. Kita patut sokong dan raikan usaha ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azhar turut mengulas sikap segelintir pelakon baharu yang dikatakan seakan meninggi diri selepas mengecap populariti.
“Ini adalah permainan populariti. Kalau anda tidak berperangai elok, orang akan tak suka dan stesen tv tidak akan panggil. Namun, situasi ketika ini berbeza, lagi ramai orang benci, sesuatu projek itu akan meletup.
“Kalau nak buat perangai sekali pun, kena pastikan yang anda hebat dalam bidang anda.
“Ambil contoh atlet muay thai, Johan Ghazali, dia nak ada peel pun tak mengapa sebab dia hebat dan layak. Dia ada ‘lesen’ untuk perwatakan sebegitu.
“Kalau anda (pelakon) belum ada lesen nak buat perangai, lebih baik jangan dan jaga sahaja tindak tanduk kita,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...