Pelakon Hairul Azreen ada berkongsi dua keping foto lama di samping kereta jenis Proton yang merupakan kereta pertamanya.

Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, dia ada melakukan beberapa pengubahsuain terhadap kereta berkenaan meski pernah disindir kenalan.

“My first car. Dulu saya pasang spoiler semua cakap nak gantung baju ke! Dulu saya tukar body kit semua org cakap ,kau ingt kereta kau Subaru Impreza!

IKLAN

“Dulu saya tukar seat recaro orang cakap tak payah yo yo ooo sangat kereta 1.3 je! Iswara tetap iswara rul.

“Saya tahu masa tu gaji saya RM1600 saya tak mampu nak beli GTR Ke Ferrari ke tp saya ada impian ada cita2 tau (tak salah berangan),” tulisnya.

IKLAN

Hairul dalam pada itu turut menjelaskan, tiada salah untuk mengejar impian kerana siapa tahu impian yang diangan-angankan itu boleh menjadi kenyataan.

“Guys terus lah kejar impian anda mana tau satu hari nanti jadi kenyataan ,ingat tak payah peduli apa orang nak cakap , yang penting jgn give up kita je tau apa yg terbaik utk diri kita  sebab #TheBestNeverRest,” tulisnya lagi.

IKLAN

Foto: Instagram Hairul Azreen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI