Awal semalam, pelakon Faezah Elai ada berkongsi foto kandid suami, pengarah Heykal Hanifah bersama dua orang anaknya ketika menaiki Mass Rapid Transit (MRT). Menariknya, foto tersebut merakamkan aksi kandid si anak bersama gelagat masing-masing.
Malah, Faezah dengan selamba turut memuat naik foto dengan kaspyen yang humor.
“Tu la..konon malas nk drive,nk naik mrt sgt.. sekali org ramai.. masa tu lah anak nk minum susu. Nasib baik anak2 tk kata nk poo poo,klu tk lagi jahanam. Sekali sekala jd daddy cool,” tulisnya.
Sekali lagi mencipta sukses, kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDTFC) menjalin kolaborasi strategik dengan Universal Music Asia Tenggara (UM SEA) dan syarikat rakaman Def Jam menerusi penghasilan lagu tema berjudul Pioneers yang turut menampilkan ikon hip-hop & rap ternama dunia, Snoop Dogg.
Penghasilan lagu tema berkenaan sekali gus memperluaskan lagi strategi penjenamaan global JDTFC melalui kerjasama UM SEA.
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan menandatangani kerjasama berkenaan yang disertai Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis.
Tunku Ismail bertitah, baginda sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan kelab bola sepak dinaungi.
“Apabila bercakap tentang kelab JDT, saya sudah cakap berulang kali, ini bukan hanya sebuah kelab bola sepak.
“JDT merupakan satu empayar. Saya tidak hanya cipta sebuah kelab bola sepak yang biasa-biasa tetapi mempunyai aspirasi dikenali di peringkat antarabangsa.
“Itulah idea penubuhan JDT, sebuah kelab bola sepak yang bagi saya, mempunyai cerita penuh inspirasi,” titah baginda.
Majlis yang berlangsung secara eksklusif itu melakarkan satu lagi momen bersejarah dalam misi perjalanan JDTFC untuk menjadi kelab bola sepak yang diiktiraf global menerusi peningkatan di kalangan peminat antarabangsa.
Pioneers yang dinyanyikan Snoop Dogg dan Joe Flizzow, diterbitkan oleh SonaOne sementara lirik lagu diilhamkan daripada kesungguhan dan kegigihan JDT dalam menetapkan standard baharu bola sepak di Malaysia serta kejayaan yang dicapai sejak 2013.
Rakaman vokal dirakamkan di Los Angeles, Amerika Syarikat dan Kuala Lumpur manakala proses susunan lagu dan adunan muzik dilakukan di Los Angeles.
Video muzik Pioneers turut dipancarkan ke semua akaun media sosial rasmi JDT dan saluran YouTube JDT TV.
Untuk maklumat lanjut, layari www.johorsoutherntigers.my dan akaun media sosial JDT.
Sementara itu TMJ turut memaklumkan, pada awal penubuhan JDT, ada yang memandang enteng tentang masa depan kelab tersebut yang diramalkan hanya mungkin bertahan untuk beberapa tahun sahaja.
Bagaimanapun kini, ia terbukti menjadi sebaliknya.
“Saya akan buat tidak kira berapa ramai yang tidak percaya tentang projek kami. Ramai orang meramalkan bahawa kelab ini hanya akan bertahan untuk tempoh dua tahun. Hari ini, kami dah berusia 10 tahun dan kami semakin kuat hari demi hari.
“Bina kelab bola sepak perkara yang paling susah adalah untuk mendapatkan hasilnya. Untuk mendapat hasil dan wujud bersama secara komersial, ia sesuatu yang kita tak boleh jangka kemungkinannya.
“Kadang-kadang saya cubit diri saya sendiri apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang nyata. Sekarang dah jadi satu kelab yang hebat dan semakin bergerak ke hadapan, kami akan terus komited memperkenalkan jenama yang dibangunkan ke serata dunia,” jelas TMJ optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Perceraian itu berlaku secara paksaan dan berlaku depan mata saya.”
Demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin sebagai mengulas sepotong video dia diceraikan bekas suami, Dr Rushdi Ramli di yang dimuat naiknya di akaun Instagram pada Ogos lalu.
Menceritakan semula detik itu, Nora mendakwa, bekas suaminya itu menerima satu panggilan telefon yang meminta untuk menceraikannya.
“Ketika kejadian, kami baru selesai solat Subuh dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya.
“Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun saya tahu siapa yang memberikan ‘arahan’ itu.
“Disebabkan terlalu emosi saya merakam situasi itu lalu memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya,” katanya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BSYNCLIVE, Kuala Lumpur, hari ini.
Nora bagaimanapun mengakui tindakannya berkongsi video tersebut di media sosial adalah satu kesilapan dan sudah memohon maaf kepada pihak yang terbabit.
“Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional.
“Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya.
“Sebenarnya tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.
“Tetapi saya sudah memohon maaf kepada bekas suami dan dia sudah memaafkan saya. Dia tahu apa keadaan masa itu dan sekarang ini hubungan kami baik-baik saja,” katanya lagi.
Ditanya mengenai bilakah usia perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Nora memberitahu, biarlah perkara itu menjadi rahsia antara mereka.
Terdahulu pada 12 Ogos lalu, Dr Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.
Namun Nora menjelaskan, perceraian itu berlaku sebelum tarikh video tersebut dimuat naik.
Malah selepas video berkenaan menerima reaksi ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.
Namun video berkenaan sudah dipadamkan di akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Selepas itu, Nora mengumumkan sudah Kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan di sekitar hujung tahun 2021.
Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, sekali lagi menjadi contoh inspirasi kepada masyarakat di luar sana apabila menunaikan tanggungjawab sebagai usahawan Muslim...