Tidak dinafikan, media sosial menjadi platform terbaik dalam menyebarkan apa sahaja, baik positif dan sebaliknya.

Terkini, media sosial juga menjadi jaringan paling mudah dan cepat dalam membincangkan isu berkaitan krisis dunia, penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, berbeza pula bagi pelakon, Beto Kushairy apabila dia menyifatkan ada ketikanya, media sosial juga boleh menyebarkan kebencian.

Lalu, Beto menerusi satu status seolah-olah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada media sosial buat sementara waktu.

IKLAN

“Masa untuk social media distancing jugak untuk aku.

IKLAN

“Too much stupidity. Too many insults. Hatred everywhere.

“Till then, stay healthy and stay safe, tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon KL Gangster Underworld ini di laman Twitter miliknya.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen menghormati keputusan Beto itu selain turut berharap agar pelakon tersebut akan kembali aktif satu hari nanti.

“Masa Untuk Social Media Distancing Juga Untuk Aku,” – Beto Kusyairy Umum ‘Berehat’ Seketika Dari Media Sosial? “Masa Untuk Social Media Distancing Juga Untuk Aku,” – Beto Kusyairy Umum ‘Berehat’ Seketika Dari Media Sosial?Sumber: Twitter Beto Kusyairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI