Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 dengan menyediakan hidangan air tangannya buat suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Sambutan secara sederhana yang disambut di kediamannya itu memperlihatkan aksi Siti m, 43, di dapur memasak lauk-pauk melayu seperti ikan asam goreng, ketam goreng, asam pedas ikan merah serta sambal udang petai.
“Ikan asam goreng, ketam, asam pedas ikan jenahak, sambal udang petai… masakan untuk ulang tahun perkahwinan, Alhamdulillah,” kata Siti menerusi perkongsian di Instagram Story.
Ads
Sementara itu, Siti turut memuat naik video koleksi gambar bersama Khalid ketika awal perkahwinan mereka sehingga dikurniakan dua cahaya mata.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Perkongsian penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Siti dan suami mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ads
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang kini berusia 16 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap enam tahun bapa tercinta pergi mengadap Yang Maha Esa, pelakon Nazia Mustafar berkongsi cerita bertarung antara mental dan fizikal.
Jelasnya, bapa, Sheikh Mustafar Shiekh Ahmad meninggal dunia sehari selepas dia bersalinkan anak ketiga, Mia Qaleessa. Dia turut meluahkan rasa terkilan kerana si bapa tidak sempat menatap wajah cucu.
“DEDDY, hari ni genap 6 tahun DEDDY pergi tggal kan kami, ketika ni lah sy tggh bertarong dgn hati, perasaan dan kekuatan sbb saya baru 1 hari melahirkan MIA QALEESSA…
“DEDDY kata ‘aku tggu smpai ko branak, aku nak tgok anak kau’ …. hiba dan luluh hati aku dgn ayat tu sbb memang dia pergi setelah dia tgok si kenit belum memahami apa2…
“DEDDY saya rindu DEDDY…😭😭😭
“Saya tahu DEDDY tenang kat sana… buat DEDDY yg dirindui…. semoga kita bertemu disana… tggu saya ya, saya jua akan menyusul…
Sekadar imbasan, bapa Nazia Mustafar meninggal dunia akibat sakit tua di usia 76 tahun pada 9 Februari 2014 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
Foto : Instagram Nazir Mustafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski sudah memberikan pejelasan, namun masih ada segelintir netizen yang seakan tidak senang dengan single terbaru penyanyi Waris yang dikatakan tidak prihatin terhadap sensitiviti.
Tidak mahu melatah dengan isu berkenaan, penyanyi dan rapper itu bagaimanapun sekali lagi cuba memberikan penerangan secara lebih jelas mengenai Artifisial yang menurutnya, ia membawa maksud tidak asli, tiruan atau palsu.
“Ini merujuk kepada golongan palsu yang kononnya tahu hip hop tetapi sebaliknya tidak. Saya tidak mencarut dalam Artifisial tapi saya akui ada bait-bait lirik yang boleh timbulkan kontroversi seperti puting dan pondan.
”Kepada golongan berkenaan (pondan), janganlah terasa sebab lirik ‘baik kau buat implan sebab rap macam pondan’ itu adalah kiasan saya menyindir rapper yang bawa irama hip hop.
“Lirik ini merujuk kepada sesuatu yang palsu atau bukan yang asli. Berbeza dengan irama hip hop, lebih menceritakan sesuatu yang realiti atau yang benar. Jadi bila ada sesetengah golongan yang menganggap diri mereka kononnya hebat atau arif pasal irama hip hop, padahal hakikatnya mereka tidak seperti yang didakwa.
“Inilah saya maksudkan golongan hip hop yang palsu atau tiruan. Bukanlah dari jiwa mereka,” katanya kepada MH.
Malah, Waris turut menyifatkan lirik-lirik menerusi lagu tersebut juga memerlukan pemahaman yang lebih daripada para pendengar.
Ditanya mengenai bait lirik iaitu ‘Baik balik rumah isap mak kau punya puting’, ada yang dakwa ia berbaur lucah. Bagaimanapun, katanya lirik berkenaan membawa maksud tersirat iaitu seseorang yang tidak memberi apa-apa kepada industri tetapi sibuk mahu komen pelbagai isu.
“Mereka asyik salahkan industri dan orang lain tanpa melihat apakah sumbangan dirinya terhadap industri.
“Jadi saya anggap mereka ini budak kecil yang tiada ilmu, ibarat budak yang masih menyusu Mereka tidak tahu apa-apa. Kalau dah tak tahu apa-apa tu, janganlah nak komen lebih-lebih.
“Sikap ini juga adalah perangai keyboard warriors atau netizen yang hanya tahu komen dan hentam macam-macam, tapi mereka tidak tahu apa-apa pun. Lagu ini juga adalah salah satu cara saya menegur netizen atau sesiapa yang tidak tahu pasal hip hop dan industri, tapi hanya tahu komen dan kritik tanpa ada ilmu, tahu menghukum saja,” kongsi Waris lagi.
Terdahulu, Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil Alias ditemui ketika terlibat di dalam Konsert Evolusi PJ, pada Sabtu.
Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula sekitar jam 8.00 malam itu ialah Ara Johari, Akim And The Majistret dan XPDC.
Memasuki edisi keenamnya, International Folklore Festival 2018 atau lebih sinonim dengan panggilan Karnival Petaling Jaya (PJ Fair) diadakan di Dataran Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall sementara stesen radio Selangor FM pula dipilih sebagai penyiar rasmi festival terbabit.
Jom ikuti sedutan artis membuat persembahan yang menerusi FB Live MH
Foto: Instgram Waris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara Lancome sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu.
Terharu atas penghargaan yang diberikan figura popular ini turut menzahirkan rasa bersyukur atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej wanita muslim berhijab di mata dunia.
“Jenama ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna.
“Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.
“Ini satu tugas yang besar dan tanggungjawab baharu yang perlu saya galas. Susah nak percaya apabila berjaya sampai ke tahap ini.
“Mewakili wanita Muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya. Diharapkan jalinan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.
Neelofa ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Asia Tenggara Lancome di Damansara, pada Jumaat.
Menurut Neelofa lagi, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat negara kerana selama ini wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara luar.
“Sebelum ini mereka sering tampil dengan wajah dan duta baharu dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.
“Tapi siapa sangka akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita.
“Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk ini juga akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri 2021. Sebelum ini mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia.
“Kempen ini juga akan diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...