Masalah ear monitor tercabut pada awal persembahan nyata merencatkan perancangan penyanyi Ayai Illusi sekaligus menyebabkan markahnya dipotong banyak lalu tersingkir di All Stars Gegar Vaganza (ASGV)

Menurut juri, Datuk Ramli MS, hal tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan Ayai ialah penyanyi yang berpengalaman.

“Masalah Ear Monitor Bukan Alasan, Penyanyi Pro Kena Tahu Atasi,” – Ramli MS Ulas Penyingkiran Ayai Illusi

“Memang markah terpaksa ditolak. Sama juga Azharina yang mengalami masalah sama. Sebagai penyanyi berpengalaman, ada cara untuk mengatasi masalah tersebut secara profesional.

“Jadi, saya tak mahu anggap ia sebagai satu alasan. Kalau ada masalah, tanggalkan satu atau kedua-dua ear monitor.

“Kalau tanggalkan, saya faham kalau anda terpaksa menyanyi secara biasa. Hal itu boleh dimaafkan.

Ads

“Namun, bila rangkap seterusnya juga ada bermasalah, kadang-kala keluhan mereka itu tak sama dengan laporan markah yang diberikan juri,” katanya kepada MH.

Maestro muzik terkenal itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai konsert ASGV yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Ramli turut memberikan reaksi susulan masih ada peserta yang gugup ketika di atas pentas sehingga fokus mereka terganggu.

“Masalah Ear Monitor Bukan Alasan, Penyanyi Pro Kena Tahu Atasi,” – Ramli MS Ulas Penyingkiran Ayai Illusi

Ads

“Saya merupakan pengarah muzik. Para peserta menyanyi dengan saya selama dua hari setiap minggu. Ketika itu, tiada pula tekanan dan apa sahaja kekurangan saya akan cakap.

“Kalau peserta nak buat sesuatu, saya akan bagi pandangan. Apa yang bagus dan tidak. Bila konsert lain pula yang jadi mungkin disebabkan gugup di atas pentas.

“Ada segelintir peserta, 70 peratus persembahan mereka lain daripada ketika rehearsal. Penat saya baiki nyanyian mereka. Apa yang mereka nak saya bagi tapi masa konsert tiada.

Ads

“Tempat-tempat yang tak sepatutnya salah, di situ mereka salah. Mereka blank dan tidak fokus,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ayai terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat pentas ASGV apabila persembahannya menerusi lagu Pusara Di Lebuhraya gagal memikat hati para juri.

“Masalah Ear Monitor Bukan Alasan, Penyanyi Pro Kena Tahu Atasi,” – Ramli MS Ulas Penyingkiran Ayai Illusi “Masalah Ear Monitor Bukan Alasan, Penyanyi Pro Kena Tahu Atasi,” – Ramli MS Ulas Penyingkiran Ayai Illusi

Ayai hanya meraih markah sebanyak 53.00 peratus dan hanya dibezakan 0.75 peratus dengan Zamani yang berada di tangga ke-12.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI