Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman berkongsi khabar gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Perkara itu dikongsikan Tyra menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Menurut Tyra, perutnya kini sudah semakin membesar dan sudah tiba masanya diberkongsi hal ini kepada umum

“Kami mengambil masa juga untuk berkongsi mengenai perkara ini tapi perut saya sudah semakin membesar dan ada yang sudah boleh jangka.

“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran anak kecil ini yang kini semakin membesar di dalam perut saya,” tulisnya.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan itu juga, Tyra turut berkongsi reaksi suaminya, Emran Rijal dan ahli keluarga bila mengetahui mengenai kehamilannya itu.

“MashaAllah… Tabarakallah,” – Tyra Kamaruzzaman Umum Hamil Anak Sulung, Titip Doa Buat Isteri TTC

Ads

Pada masa sama, Tyra turut berharap agar kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

“Kami juga bersyukur dan teruja kerana dapat melihat perkembangan bayi ini sejak beberapa bulan yang lalu.

“Masukkanlah Baby T&E di dalam doa kalian,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Tyra turut memberikan kata-kata semangat buat para suami isteri yang kini masih berusaha mendapatkan zuriat.

“Kepada mereka yang masih berusaha dan menantikan cahaya mata, saya titipkan rasa kasih dan sayang. Semoga dihadirkan keajaiban buat kalian,” ujarnya.

Ads

“MashaAllah… Tabarakallah,” – Tyra Kamaruzzaman Umum Hamil Anak Sulung, Titip Doa Buat Isteri TTC

Sementara itu, Emran akui teruja dengan kehadiran cahaya mata dan berharap agar isterinya itu sentiasa diberikan kekuatan.

“Tiada kata untuk gambarkan betapa bersyukurnya saya mengenai hal ini. Semoga bayi dan mama sentiasa kuat,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah buat Tyra dan suami.

Ads

“Patutlah makin berseri-seri. Tahniah babygirl,” komen pengacara Adrina Adnan.

“MashaAllah. Tahniah buat kalian berdua. Alhamdulillah,” kata penyanyi Aisha Retno.

“Tahniah sayang. Selamat datang ke dunia ibu bapa,” kata pelakon Norreen Iman.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah,” balas pengacara Dayah Bakar.

Terdahulu, Tyra telah mendirikan rumah tangga dengan Emri yang juga merupakan pereka fesyen pada tanggal 3 Mei lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI