Berkongsi perkembangan terkini Baby Danial, Abby Abadi menerusi entri terbaru memohon agar netizen memahami situasi bayi pra-matangnya itu.
Malah pada masa sama, bintang Gerak Khas ini turut menyatakan alasan mengapa sehingga kini dia masih tak berkongsi foto Baby D atau Muhammad Danial Firman Faizal.
Jelas bintang ini, berat anaknya masih di bawah 600 gram.
Dia harus menunggu sehingga beratnya mencapai 1.7 kilogram dan Baby D di bawah jagaannya sendiri.
“Salam Jumaat, Salam Kekurusan! Hehehe
Doakan Sy kurus tau…
“Ni gambar awal2 HIJRAH 2012, InshaALLAH buleh Abby Abadi. Youu gooo Girl!
“Ps: Kita otw nk gi hospital. Terusss doakan Baby Danial kita k. So far Alhamdullillah.
"Tu je buleh cakap… tak dpt nk share gambar dia lagiii . Sabar k… Tunggu berat badan Baby Danial atas 1.7kg, kesihatannya baik, Mama buleh jaga sendiri.. baru dpt share k.
"Skrg masih bawah 600gram. Hanya Doa yg Sy perlukan skrg.. Tolong doakan k,” jelasnya.
Terdahulu, pasangan ini memaklumkan perkembangan positif selepas Baby D dimaklumkan mengalami pendarahan dalam paru-paru selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Pasangan ini berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI