Terpanggil untuk memberikan penjelasan mengenai isu viral yang melibatkan dirinya bersama suami, Mahyudin Noral Azhar serta rakan baik kepada pasangan berkenaan, Haziqah Nurul Huda Harun, atau lebih dikenali Yaya, isteri kepada Mahyudin, Suhana Hamzah tampil memberikan penjelasannya.
Menerusi satu entri yang dimuat naik menerusi Facebook beberapa jam lalu, wanita berusia 34 tahun ini menafikan apa yang berlaku adalah satu strategi marketing. Sebaliknya, apa yang ditulis merupakan suatu luahan hati yang sakit kerana dikhianati.
Suhana juga bagaimanapun tidak sangka perkongsian tersebut mencetuskan viral di media sosial.
“Ini adalah penjelasan saya terhadap isu yg viral. Saya ingin membetulkan tuduhan orang yg mengatakan ini adalah marketing semata mata.
“Saya bukanlah terdesak utk membuat marketing murahan sebegitu tetapi apa yg saya tulis semalam adalah luahan hati yg tersangat sakit akibat dikhianati tetapi tidak sangka ianya menjadi viral.
“Saya memperjelaskan tindakan saya yg membuat status berkenaan adalah keputusan yg saya telah fikir sedalamnya dan apabila kesabaran saya sudah tak tertanggung dek kerana diri saya diperkotak katikkan kekiri dan kekanan,menyebabkan saya mengambil tindakan sedemikian.
“Kerana MEREKA merasakan saya tidak akan berani, lemah dan akan terus menangis dan meratap, dan MEREKA merasakan saya adalah seorang yg naif yg akan percaya bulat2 dengan penafian2 yg menyakitkan,” tegasnya.
Pada masa sama, Suhana turut mendakwa pelbagai usaha telah pun dilakukan bagi menyelamatkan institusi keluarga yang sudah dibina lebih 11 tahun lalu.
“Sebelum mengambil tindakan ini,telah banyak usaha yg saya lakukan utk menyelamatkan rumahtangga saya termasukklah meletakkan maruah saya ketepi dan bersemuka dengan wanita tersebut, menghubungi keluarga wanita tersebut namun tidak berjaya seperti yg diharapkan.
“Rayuan saya tidak diendahkan malah saya pula yang ternampak buruk. Allah saja tahu betapa tertekannya saya padahal saya adalah mangsa namun MEREKA lagi mahir utk “Play victim’ di depan saya.
“Rasa sakit dikhianati setelah 11 tahun berkahwin bkn hanya dpt diselesaikan dlm mase 24 jam atau hanya lega perkataan sabar.
“Saya yg merasa dan menganggung serta mengalami depression yg terlampau apatah lagi ketika disaat saya masih dlm proses recover selepas bersalin ditambah dengan ujian yg sebegini amat2 memberi kesan kepada emosi dan kehidupan saya.
“Bertuah anda yg tidak mengalami nasib seperti saya. Saya juga manusia yg ade limit dan perasaan.
“Saya bkn malaikat yg boleh redho dan terima dgn hati yg terbuka kerana yg menanggung beban adalah saya,” luahnya lagi.
Sementara itu, Suhana turut menambah dirinya tidak pernah dipelawa untuk bermadu sebagaimana yang didakwa.
“Kepada MEREKA yg berkenaan, teruskanlah dengan penafian kerana saya faham anda ada periuk nasi yg perlu dijaga sedangkan saya tidak punya apa2. Saya tidak pernah mengatakan suami saya memukul saya atau mengabaikan saya tetapi saya tidak faham kenapa isu itu boleh timbul.
“Berkenaan dengan tanggungjawab dan nafkah,orang luar boleh berkata apa sahaja tapi saya sendiri yg tahu setakat mana kemampuan suami saya.
“Saya juga tidak pernah dipelawa utk bermadu seperti yg didakwa tetapi pengkhinatan ini terbongkar setelah beberapa kali kantoi dan bukti ada dengan saya.
“Ya saya masih belum bercerai tetapi saya dlm proses menfailkan penceraian kerana saya sudah tak sanggup dipermainkan lagi.
“Saya mengambil tindakan ini setelah perbincangan tidak pernah berakhir dengan baik. Disaat ini, giliran saya pula untuk memikirkan tentang diri saya sendiri dan anak2 dan MEREKA boleh meneruskan “play victim” .Good Luck.
“LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN ” Assalamualikum,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, netizen memberikan pelbagai rekasi apabila seorang ibu kepada tiga anak mendakwa suaminya didakwa menjalin hubungan bersama usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman, Terengganu.
Menerusi akaun FB Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri dikatakan bercinta seterusnya berkahwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari, baru-baru ini.
Bagaimanapun, suaminya menafikan akan perkata itu, seperti yang dilapor Harian Metro.
Foto: Facebook Hanna Baa