Penyanyi Siti Sarah yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom bagaimanapun memaklumkan, keadaan Siti Sarah masih belum stabil.
“Untuk makluman Sarah melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.
Ads
Terdahulu, media melaporkan penyanyi Manis itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat tahap oksigen tidak stabil, awal pagi tadi.
Sebelumnya, Sarah yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.
Ads
Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.
Ads
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak berkenaan.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti sedia maklum, penyanyi Datin Alyah gemar berkongsi video masakan di akaun Instagram miliknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara.
Menerusi entri terkini Alyah di laman media sosial berkenaan, penyanyi berusia 39 tahun ini memaklumkan terdapat segelintir netizen yang ‘bergaduh’ mengenai soal resepi masakan di ruangan komen.
Lalu, Alyah mengharapkan netizen untuk tidak berbuat demikian antara satu sama lain dan lebih bersikap terbuka.
“Ingat ya ini cara saya…Saya buat video ni tak ada niat nak paksa orng ikut apa saya buat cuma nak berkongsi resepi mungkin ada yg buntu nak masak apa hari ini.
“Jadi terimala seadanya klu tak nak ikut tak apa bole buat cuci cuci mata sempena pkp ni k…kiss skit,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia lebih selesa untuk berbincang terlebih dahulu bersama suaminya yang juga merupakan penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz sebelum bersetuju untuk membintangi sesebuah karya.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, sebagai seorang yang bergelar isteri, ada banyak aspek yang harus difikirkan sebelum memberikan kata putus.
“Sebelum ini, saya ada terima beberapa tawaran untuk berlakon tapi bila berbincang dengan Alif, dia selalu kata saya kena teliti dahulu setiap watak dan pilih mana yang sesuai untuk saya.
“Alif juga ada bagitahu, kita tak boleh nak terima sahaja semua jenis tawaran yang diberikan kerana skrip juga memainkan peranan. Ditambah pula status saya sebagai isteri orang.
“Walaupun orang selalu cakap bila bergelar pelakon, kita kena bersikap profesional. Saya tak nafikan tapi kalau watak itu keterlaluan, saya kena fikir banyak pihak dan aspek.
“Anak saya juga sekarang dah pandai menonton tv jadi, saya kena pilih watak yang sesuai untuk tontonan umum,” katanya kepada MH.
Bella yang kini muncul menerusi drama terbaru, Aku Tanpa Cintamu akui watak yang dimainkannya ketika ini sememangnya sarat emosi dan jauh berbeza dengan naskah-naskah yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
Namun, dia bersyukur kerana mendapat bimbingan penuh daripada para pelakon senior dan pengarah.
“Bila pertama kali diberikan skrip, saya agak gementar kerana sebelum ini, saya tak pernah berlakon drama berat seperti ini. Kebanyakkan drama saya bergenre komedi atau kisah cinta yang lebih santai.
“Mulanya memang berat nak terima tapi bila sampai di set, saya dapat bimbingan terus daripada para pelakon lain seperti Abang Zamarul dan Datuk Eizlan Yusof.
“Saya bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang tidak pentingkan diri sendiri. Semuanya saling membantu. Bila ada yang kena perbaiki, mereka akan tegur. Saya tak rasa keseorangan dan tak stress bila di set,” kongsi lagi.
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan komunikasinya bersama Zamarul hanya akan tertumpu ketika di set sahaja dan tidak terbawa-bawa sampai ke luar.
Katanya lagi, sekiranya dia ingin memesan sesuatu kepada Zamarul, dia akan berhubung terlebih dahulu dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Rafar.
“Sepanjang berlakon drama ini, saya dan Abang Zamarul tidak pernah berbalas mesej tentang perkara tak penting. Komunikasi kami banyak di set sahaja. Kalau belanja makan pun, semuanya bersama team produksi.
“Kalau saya harus mencari Abang Zamarul, saya akan cari Kak Diana dulu. Saya tak la cakap semua kena jadi seperti saya tapi saya harap perkara-perkara seperti ini akan dipraktikkan juga oleh pelakon-pelakon lain.
“Kita kena ada rasa hormat. Saya memang segan kalau berhubung dengan Abang Zamarul bila di luar set. Saya cuma tak nak timbulkan suasana yang tak selesa,” akhirinya.
Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zamarul Hisyam meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan akibat serangan jantung yang dialami pada Februari lalu.