Dengan wajah kusam dan berbaju hospital, Datuk Aliff Syukri dilihat keluar daripada kenderaan mewah dan melangkah longlai menuju ke bilik mesyuarat di pejabatnya.
Kedatangannya disambut puluhan staf yang terharu dengan semangat Aliff untuk terus menunaikan tanggungjawab terhadap karier.
Ulas usahawan ini, keadaan memaksanya keluar hospital walaupun belum membersihkan diri.
“Doakan kekuatan sy ..sy terpaksa keluar masuk hopital demi bisnes walapun belum mandi.
Ads
“Sy kena kuat sbb sy masih byk tanghungjawab saya lagi di dunia ini… ya allah terimalah taubatku ini aku berjanji aku akan berubah utk mengejar harta akhirat dan dunia dan sy nak menjayakan @as.legacymalaysia sampai mengharumkan nama Malaysia.”
Malah, dia turut berhajat untuk menurunkan ilmu kepada usahawan lain demi pahala di sana nanti.
Ads
“Siapa nak berjaya dan saya ajar bisnes sy @as.legacymalaysia boleh komen “sy nak berjaya dunia akhirat” di diruangan komen di bawah nanti team saya balas..utk sy ajar mcm mereka juga utk berjaya ok.. niat sy demi pahala bukan utk duit sahaja.”
Tindakan jutawan ini membuatkan netizen turut bersemangat untuk merubah kehidupan ke tahap yang lebih baik.
Ads
Malah, ada yang menyarankan agar dia berubat secara tradisional bagi memulihkan semangat.
“Asalammualaikum dato…maaf dato.saya cuma beri cadangan apa kata dato cuba berubat kg..pulihkan semangat dato blk….mungkin dato maseh terbygkan arwah abah dato…semoga dato cepat sembuh dan sehat seperti sedia kala….saya suka tenguk dato dulu happy.”
Foto – Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia mendapat petunjuk dalam mimpi ketika terjaga semasa azan Subuh berkumandang yang seterusnya membawa kepada penghijrahan bintang berusia 52 tahun itu memeluk agama Islam, sekitar 14 tahun lalu.
Jelasnya, dia mahu kehidupan yang lebih baik dan berdoa untuk diberikan petunjuk.
“Saya masih ingat lagi, pada waktu pagi sekitar 3-4 pagi pada 13/7/2007 iaitu 14 tahun yg lalu. Ketika itu saya belum Kembali pada fitrah (belum menganut Islam).
“Saya nekad inginkan kehidupan yg lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah; Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Instagram.
Menurutnya lagi, selepas mendapat petunjuk dalam mimpi itu, dia pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) untuk proses memeluk Islam.
“Saya dpt petujuk dlm mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang. Paginya saya pergi Perkim mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.
“Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya. Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah dalam Islam dalm diri saya dan kita semua.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsi Adam lagi.
Penyanyi, Syura Badron meluahkan rasa kecewa selepas mendedahkan ada menerima mesej daripada seorang individu yang mempertikai caranya memulakan bisnes dan mempunyai produk sendiri.
Jelas individu berkenaan, dia berasa agak hairan melihat pencapaian tersebut kerana merasakan Syura bukanlah seorang artis yang popular dan memiliki tawaran kerja yang banyak.
“Nak tanyalah, betul ke Charmant tu awak punya. Takkanlah awak mampu nak buat produk sendiri?
“Awak bukan popular pun. Job pun takda sangat kan? Ke ada sugar daddy support?,” tulisnya.
Enggan melatah, Syura sebaliknya menafikan perkara tersebut selain turut menyifatkan dia juga sedar akan tempatnya di dalam industri seni tanah air.
“Bukan niat nak mengadu, hanya sekadar luahan perasaan yang sangat sedih bila di fitnah macam ni.
“Rezeki saya dalam bidang seni, tidak menyebelahi saya. Kabel pun takda tapi saya tak putus asa. Macam-macam yang saya buat berlakon, melawak, hosting semua saya buat.
”Saya sedar kedudukan saya dalam industri ni tapi at least saya berjuang untuk cari rezeki. Bukan ambil cara mudah dapat duit dengan sugar daddy tu,” jelasnya.
Lantaran itu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini mendedahkan dia telah memulakan perusahaan itu dengan duit simpanannya sepanjang bergelar anak seni dari dulu sehingga sekarang.
“@charmant_hq tu saya yang bina dengan hasil saving saya sepanjang saya cari rezeki dalam industri. Saya masih bertatih dalam bidang perniagaan.
“Mendoakan lebih baik dari memfitnah macam ni. Tak apalah, kata-kat awak tak menjadi kudis pun untuk saya. Terima kasih,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Syura turut berharap agar dakwaan fitnah tersebut dapat dihentikan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga akan terus sukses selepas ini.
Sumber: Instagram Syura Badron
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Wan Ruzaini menerusi jenama Rizman Ruzaini mendedahkan hubungannya bersama aktres, Nur Fazura tiada sebarang masalah, namun hanya sedikit renggang disebabkan kekangan komitmen kerjaya masing-masing
Malah, situasi mereka juga kini sudah pun berbeza memandangkan masing-masing telah pun mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.
“Sewaktu perjalanan ketika kami bujang dulu lain, jadi apabila kami berdua dah masuk ke fasa perkahwinan tambahan pula bila dah ada anak semuanya berubah.
“Tidak dinafikan, dulu banyak orang nampak kami selalu meluangkan masa bersama.
“Tetapi sekarang tidak lagi sebab kami semua sudah berkeluarga, dan sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Macam kami berdua sekarang sejujurnya lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga dan perniagaan sahaja,” kata Rizman.
Ruzaini menambah, hubungan persahabatan bersama Fazura masih baik dan sama sekali tiada perselisihan yang berlaku antara mereka.
Katanya lagi, mereka beranggapan timbulnya perkara sedemikian mungkin oleh kerana ada segelintir pihak yang membuat andaian dan spekulasi tidak berasas.
“Sejujurnya, hubungan kami berdua tiada masalah dan masih baik sehingga ke hari ini.
“Malah, tidak pernah ada pergaduhan antara kami berdua.
“Pada kami, mungkin timbulnya perkara ini oleh kerana spekulasi atau andaian segelintir pihak di luar sana,” katanya lagi ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun koleksi hijab RR Mono Scarves di RR Pop Up Store, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Terdahulu, ada netizen mendakwa hubungan Fazura bersama Rizman serta Ruzaini kian renggang disebabkan aktres berkenaan tidak kelihatan di beberapa majlis yang melibatkan pereka fesyen itu atau majlis lain yang dianjurkan Rizman dan Ruzaini kebelakangan ini.
Sementara itu, bersempena meraikan ulang tahun pertama koleksi hijab mereka, Rizman Ruzaini telah melantik tujuh selebriti iaitu Ziana Zain, Aina Abdul, Izara Aishah, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman sendiri, Nurida Suraya sebagai ‘muse’ koleksi tudung berkenaan.
Menurut Rizman, mereka yakin dengan kemampuan selebriti yang dilantik ini menjadi platform pemasaran yang baik buat jenama tersebut.
“Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti tanah air. Bukan soal hubungan baik sahaja, namun bagaimana golongan ini juga mampu memberi impak yang baik terhadap jenama Rizman Ruzaini.
“Jadi pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR Mono Scarves ini adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan jenama Rizman Ruzaini kekal relevan dalam industri fesyen negara.
“Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung ini, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza.
“Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama kami diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan para selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan jenama kami menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rizman Ruzaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...