Dengan wajah kusam dan berbaju hospital, Datuk Aliff Syukri dilihat keluar daripada kenderaan mewah dan melangkah longlai menuju ke bilik mesyuarat di pejabatnya.

Kedatangannya disambut puluhan staf yang terharu dengan semangat Aliff untuk terus menunaikan tanggungjawab terhadap karier.

Ulas usahawan ini, keadaan memaksanya keluar hospital walaupun belum membersihkan diri.

“Doakan kekuatan sy ..sy terpaksa keluar masuk hopital demi bisnes walapun belum mandi.

IKLAN

“Sy kena kuat sbb sy masih byk tanghungjawab saya lagi di dunia ini… ya allah terimalah taubatku ini aku berjanji aku akan berubah utk mengejar harta akhirat dan dunia dan sy nak menjayakan @as.legacymalaysia sampai mengharumkan nama Malaysia.”

Malah, dia turut berhajat untuk menurunkan ilmu kepada usahawan lain demi pahala di sana nanti.

IKLAN

Siapa nak berjaya dan saya ajar bisnes sy @as.legacymalaysia boleh komen “sy nak berjaya dunia akhirat” di diruangan komen di bawah nanti team saya balas..utk sy ajar mcm mereka juga utk berjaya ok.. niat sy demi pahala bukan utk duit sahaja.”

Tindakan jutawan ini membuatkan netizen turut bersemangat untuk merubah kehidupan ke tahap yang lebih baik.

IKLAN

Malah, ada yang menyarankan agar dia berubat secara tradisional bagi memulihkan semangat.

“Asalammualaikum dato…maaf dato.saya cuma beri cadangan apa kata dato cuba berubat kg..pulihkan semangat dato blk….mungkin dato maseh terbygkan arwah abah dato…semoga dato cepat sembuh dan sehat seperti sedia kala….saya suka tenguk dato dulu happy.”

Foto – Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI