Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi perkembangan terkini mengenai masalah kotak suara yang dihadapinya.
Jelas Nabila, banyak faktor menyebabkan dirinya berdepan situasi tersebut sehingga terpaksa menarik diri pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35).
Malah, akuinya lagi, disebabkan itu juga dirinya mulai sedar betapa pentingnya menggunakan teknik nyanyian betul ketika membuat persembahan.
“Kalau nak kata punca, sebenarnya ada banyak faktor. Tanya doktor, dia pun tidak tahu punca sebab saya saja tahu kenapa boleh terjadi. Bagi saya dulu kerja tanpa henti, mungkin kesan cara nyanyian yang tidak ada teknik.
“Jadi selepas itu baru tahu betapa penting teknik nyanyian untuk buat persembahan. Faktor lain pula mungkin juga pemakanan tak jaga.
“Apabila masalah ini terjadi, tidaklah sampai tak boleh bangun. Saya masih boleh kerja tapi kena had,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Sementara itu, Nabika juga dinasihatkan juga untuk berehat seberapa lama yang boleh daripada menyanyi.
Ads
“Alhamdulillah, keadaan berkurang dari sebelum ini, tapi saya tak boleh janjikan apa-apa boleh buat benda biasa macam dulu. Contoh, saya kalau gelak kuat, jadi sekarang kena kawal sikit, tidak boleh cakap kuat-kuat dan tak boleh cakap dalam suasana bising sebab nanti kena cakap kuat.
“Keadaan sekarang adalah proses nak sembuh. Doktor saran banyakkan rehat. Ada hikmah juga semua ini tambahan lagi Covid-19 jadi tak banyak acara. Ia beri isyarat untuk saya rehat sekejap. Kalau dulu hampir setiap hari ada acara.
“Macam sekarang, berlakon berhenti sekejap dan program nyanyian tolak dulu. Pendek kata saya hadkan pemilihan kerja dari segi aktiviti. Kalau ada sesi fotografi okay lagi.
Ads
“Soal berapa lama, doktor nasihat seberapa lama boleh, tapi memandangkan kerjaya saya ini memerlukan fizikal dan suara, dia faham. Tapi dia cakap kalau boleh berhenti sekejap untuk dia lihat perkembangan.
“Macam saya ada cari info mengenai masalah ini, apa yang mereka buat adalah betul-betul setahun tak menyanyi.
“Tapi bagi saya takkanlah setahun tak cari duit. Masalah ini membabitkan suara saja dan aktiviti lain boleh lagi,” katanya lagi.
https://youtu.be/lDABprf1Shc
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan isu Datuk Aaron Aziz yang didakwa namanya telah digugurkan dalam filem terbaharu arahan Syamsul Yusof, The Original Gangster (TOG), pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respon berikutan namanya turut dipetik oleh pengarah tersebut, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Twitter dan Instagram, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata dia tetap berada di belakang Syamsul dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pengarah berkenaan.
Sharnaaz berkata demikian ketika memberi jawapan balas kepada netizen yang memintanya agar menarik diri daripada projek filem tersebut.
“Sharnaaz, Beto tarik daripada projek Sol (Syamsul) bod* tu please!!” tulis netizen terbabit.
Sharnaaz kemudian menjawab, “Tidak, kerana kami profesional. Kami tidak akan tarik diri sehingga projek ini selesai. Personal is personal.”
“As a director, you have my full support and respect, without a doubt. YANG TAHU JE TAHU.
“Yang banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda, take note,” tulis Sharnaaz.
Dalam pada itu, bapa kepada Jebat Jayden itu juga meminta semua pihak agar menghormati bulan Ramadan dan tidak menimbulkan sebarang pergaduhan di bulan mulia ini.
“Hormatilah Ramadan, tak perlu gaduh-gaduh. Syaitan pun off day, jadi siapa yang syaitan sebenarnya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syamsul menerusi sesi sidang media menjelaskan punca Aaron digugurkan adalah disebabkan masalah kesihatan yang dialami aktor tersebut selain beberapa sebab lain.
Syamsul turut menyatakan keputusan tersebut bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain terlibat.
Dalam kenyataan itu juga, Syamsul turut menyebut nama Sharnaaz dan Beto Kusyairy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mengimbau kembali detik penyertaannya di dalam program realiti, Akademi Fantasia ke-6 (AF6) hampir 13 tahun lalu.
Ketika menjejakkan kaki ke Astro bagi memenuhi jemputan program baru, Mama Muda yang bersiaran di Astro Oasis, ibu kepada seorang cahaya mata berkongsi ceritanya ketika menghadiri uji bakat rancangan nyanyian terbabit.
“Reminiscing zaman AF dulu bila jejakkan kaki ke Astro pagi ni. Nak pi audition bukan senang dari jam 8 pagi dah beratur panjangnya bukan main sampai lot parking luar astro.
“Nak tahu jam brp masuk bilik audition? Jam 1 pagi baru nama ni di panggil! Kejam kan!
“Siapa ada pengalaman beratur pergi audition lama macam ni? Haha,” tulisnya.
Menjadi antara 14 pelajar AF6, musim tersebut dimenangi oleh Stacy Angie yang mencipta sejarah sebagai juara wanita kedua program terbabit selepas Mila Jirin yang menggondol gelaran tersebut setahun sebelum itu.
Foto: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski sudah sebulan menerima rawatan di Hospital Ampang, suami kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md Nazir, 49, akan ditidurkan buat kali kedua selepas tahap kesihatannya dilaporkan kritikal, sebentar tadi.
Amyza menerusi Harian Metro berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya.
“Saya baru dihubungi pihak hospital memaklumkan suami saya perlu ditidurkan buat kali kedua.
“Keadaannya agak kritikal dan doktor beritahu suami sudah berada tahap 50-50.
“Saya takut dan hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini,” katanya seperti yang dipetik.
Amyza pada masa menambah, dia agak terkilan apabila tidak dapat menemani suami di hospital berikutan kes Covid-19 yang semakin tinggi.
“Kalau boleh saya nak berada di sisi suami sepanjang dia dirawat di hospital, tapi pihak hospital maklumkan kes Covid-19 semakin tinggi dan saya tidak dibenarkan berada disampingnya.
“Jadi saya terpaksa berulang-alik untuk berjumpa suami. Saya sangat sedih melihat keadaannya.
“Sejak dia mula sedar dia nak bercakap pun sangat susah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak berdaya,” katanya.
Terdahulu Khairil dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu.
Bagaimanapun keadaannya masih lemah dan mendapat pengawasan rapi doktor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!