Namanya mula dikenali sebagai seorang penyanyi nasyid, namun kini pemilik sebenar nama Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin atau lebih dikenali sebagai Fakhrul UNIC kini ‘terjun’ dalam dunia lawak.

Fakhrul, 33, punyai sebab tersendiri untuk menceburi arena lawak dalam sebuah program realiti Muzikal Lawak Superstar, terbitan Astro.

Malah, gabungannya bersama pelawak hebat seperti Fad (Bocey) dan Atu (Zero) menjadikan mereka bersatu sebagai kumpulan UNI.

“Saya akui saya bukan seorang pelawak, tapi saya cuba menjadi lawak dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pelawak-pelawak lain khususnya Fad dan Atu.

“Niat saya sebenarnya adalah untuk berhibur sambil berdakwah dengan menyampaikan mesej yang baik dan berguna kepada orang ramai.

Pada masa sama, Fakhrul turut menjelaskan peminat kini mahu sajian santai dan mudah.

“Masyarakat sekarang ini suka perkara-perkara santai dan mudah dihadam.

IKLAN

“Kalau dapat dilihat, mereka (masyarakat) tidak suka sesuatu yang terlalu serius dan akhirnya mereka kurang minat tentang sesuatu perkara, khususnya ilmu agama,” kata Fakhrul kepada MH. 

“Masih Jaga Had Dalam Melawak,”- Elak Unsur Pakaian Wanita Dalam UNI, Ini Kata Fakhrul UNIC 

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang memandang serong terhadap status Fakhrul sebagai ustaz dan memilih jalan dalam dunia pelawak.

“Sebelum masuk pertandingan ini, saya sudah bersedia dengan kritikan dan kecaman netizen yang menganggap saya daripada seorang ustaz dan ‘terjun’ dalam bidang lawak macam ini.

“Saya tidak kisah netizen nak kata apa, sebab mulut orang kita susah nak tutup, tapi saya tahu apa yang saya lakukan dan saya tahu hala tuju sesuatu perkara, 

IKLAN

“Dalam masa sama, saya akan hadkan dan jaga batas saya ketika melawak dengan status saya sekarang ini (ustaz),” jawab Fakhrul tenang. 

“Masih Jaga Had Dalam Melawak,”- Elak Unsur Pakaian Wanita Dalam UNI, Ini Kata Fakhrul UNIC 

Kongsi juara pertandingan Akademi Al-Quran musim ke-3 ini lagi, dia mahu mengembangkan kariernya sebagai seorang yang versatil.

“Saya bermula dengan menyanyi nasyid, kemudian bidang pengacaraan dan sekarang jadi pelawak pula.

IKLAN

“Bagi saya itu adalah anugerah dari Allah dengan bakat yang ada dalam diri setiap individu untuk jadi versatil,” jelas Fakhrul yang memegang karakter sebagai seorang ustaz di pondok sekolah minggu lalu (minggu kedua). 

Meski gabungan kumpulan UNI tanpa wanita, menjadikan mereka lebih mudah untuk berkolaborasi dan mahu menghindari pakaian seperti wanita dalam setiap karakter yang akan dibawa pada masa akan datang.

“Kami dah sepakat untuk elakkan mesej yang berunsur pakaian wanita sebab banyak lagi cerita dan mesej yang boleh disampaikan,

“Walaupun ketiadaan ahli kumpulan wanita seperti kumpulan-kumpulan lain, kami tetap akan bawa mesej yang bersahaja dan boleh menghiburkan orang ramai,” tegas Fakhrul yang mahu kekalkan imej sebagai seorang lelaki dalam setiap watak yang digalas. 

Kumpulan UNI akan beretap bersama 12 lagi kumpulan lain dalam minggu ketiga jam 9 malam ini (Jumaat)  di Atsro Warna (132) dan Warna HD (124).

“Masih Jaga Had Dalam Melawak,”- Elak Unsur Pakaian Wanita Dalam UNI, Ini Kata Fakhrul UNIC 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI