Masih ‘Kencang’ Kontroversi Curang, Ariana Grande & Dalton Gomez Failkan Perceraian Setelah 2 Tahun Kahwin

Share

Ariana Grande dan Dalton Gomez dilaporkan memfailkan perceraian antara satu sama lain selepas dua tahun berkahwin, menurut TMZ.

Peguam Ariana, Laura Wasser, menjadi wakil pertama yang memfailkan penceraian tersebut pada hari Isnin, 18 September lalu.

Menurut peguam tersebut, punca penceraian kerana tiada persefahaman di antara pasangan tersebut yang tidak dapat diselesaikan.

Mahligai cinta yang dibina selama dua tahun itu dilaporkan mulai retak pada 20 Februari 2023.

Sumber dalaman, difahamkan meski mereka berdua telah berpisah namun hubungan masih dalam keadaan baik dan mereka cukup mengambil berat dan menghormati antara satu sama lain.

Berita mengenai pemfailan penceraian pasangan itu mulai terbit di tengah-tengah skandal percintaan berterusan penyanyi Honeymoon Avenue itu dengan rakan artisnya, Ethan Slater.

Sekadar info, kedua-duanya bertemu pada penghujung 2022 semasa mengerjakan filem adaptasi drama Broadway yang akan datang.

Beberapa bulan kemudian, perkahwinan Ariana dan Dalton dilaporkan mula retak, mungkin disebabkan jarak yang jauh di antara mereka kerana penyanyi terkenal itu terpaksa menetap buat sementara di England dek kerana tuntutan jadual pengambaran.

Walaupun mereka dilaporkan cuba untuk berdamai awal tahun ini, Ariana dan Dalton akhirnya secara rasmi telah berpisah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

KREDIT FOTO: Getty, TMZ

Published by
Adriana Syaurah