Pelakon dan model, Bella Dally telah menghadiri ke sebuah majlis fesyen, semalam.
Lalu, MH berkesempatan bertemu dengan pelakon ini bagi bertanyakan kehidupannya setelah hampir sebulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Arif Izuddin.
“Setelah bergelar isteri saya rasa semuanya okey…tapi masih lagi baru. Kiranya, saya masih lagi menyesuaikan diri dengan suami. Begitu juga dengan dia.
“Tapi Alhamdulillah, setakat ini semuanya okey sahaja,” katanya jujur.
Pada masa sama, pemilik nama lengkap Nabilah Ali Dally turut akui dia dan suami ada ketikanya berselisih faham dengan suami.
Bagaimanapun, Bella menganggap ia adat resam dalam berumahtangga.
“Gaduh-gaduh tu biarlah kami sahaja tahu sebabnya.
“Akan tetapi bagi saya, tentunya ia sudah yang normal dalam rumah tangga,”jelasnya lagi.
Terdahulu, Bella hadir di pertunjukan fesyen jenama Mimpi Kita koleksi lebaran 2019 yang telah berlangsung di Kompleks GM Bukit Bintang, Kuala Lumpur.