
Pelakon, Datuk Rosyam Nor berysukur apabila namanya masih lagi menjadi pilihan pengarah untuk muncul di layar perak di tahun 2025 ini.
Menurut Rosyam, pada tahun ini sahaja, dia bakal terlibat di dalam beberapa buah filem seperti Keluang Man, Original Gangster, Susuk Bidadari dan Banduan.
“Itu impian semua pelakon. Saya sudah 40 tahun berada di dalam industri ini. Saya pernah berada di puncak. Kemudian, menurun dan naik semula. Tahun 2025 memberikan nafas baharu buat jenama Rosyam Nor.
“Alhamdulillah drama Keluarga Itu mendapat tempat di hati peminat-peminat Malaysia. Watak Iman menjadi letupan besar dalam sejarah kerjaya saya.
“Kali terakhir saya dapat pengalaman seperti ini adalah ketika belakon filem KL Gangster 2, 15 tahun lalu.
“Saya akan keluar dengan beberapa filem besar seperti Keluang Man, Original Gangster, Susuk Bidadari dan Banduan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran trailer Keluang Man, baru-baru ini.
Buka Peluang Orang Lama
Dalam pada itu, pelakon filem KL Menjerit ini turut menyeru kepada para pengarah dan penerbit untuk memberi peluang kepada pelakon senior lain untuk terus menunjukkan bakat mereka.
“Dahulu, orang gelarkan saya ‘hero tua’ tapi saya sangkal tanggapan itu. Tiada istilah ‘hero tua’ atau ‘hero muda’. Hero tetap hero walaupun usianya 70 tahun.
“Beri peluang kepada kami untuk berlakon filem aksi. Kami sudah ada kumpulan peminat sejak dahulu lagi. Gabuangan diantara pelakon senior dan yang baharu ini sangat penting. Ini terjadi di negara-negara luar.
“Sebagai pelakon senior, kami hanya perlukan peluang. Kalau bukan hero pun tak mengapa asalkan watak itu penting,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Rosyam akui teruja untuk terlibat di dalam filem Keluang Man yang juga adiwira kebanggaan rakyat Malaysia.
“Ini adalah kisah adiwira di zaman saya membesar. Saya tak sangka Keluang Man ini akan diangkat sebagai sebuah filem yang besar lebih-lebih lagi dari segi promosi.
“Saya harap kepada peminat filem-filem Melayu untuk beri peluang kepada Keluang Man untuk menjadi karya adiwira yang dibanggakan di era sekarang.
“Bagi mereka yang membesar dengan siri Keluang Man, saya harap mereka membawa diri mereka, anak atau cucu menonton filem ini,” akhirinya.
Terdahulu, filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI