Seperti yang sedia maklum, pelakon tampan Sharnaaz Ahmad kini sedang menghadapi isu rumah tangga bersama isterinya, Noor Nabila Mohd Noor beberapa bulan lalu.

Lalu pelbagai spekulasi dibuat netizen berkenaan hal terbabit.

Bagaimanapun, keduanya dilihat cukup tenang dalam menghadapi situasi yang berlaku ketika ini.

Terbaru, Sharnaaz ada menulis satu twit meluahkan perasaan kecewa di laman media sosial Twitter miliknya.

Di samping itu, suami kepada kakak pengacara Neelofa itu memberi gambaran bahawa dirinya seakan-akan telah difitnah.

IKLAN

“Masih memelihara aib walaupun diri dilondeh bogel dgn fitnah.. sempena hari jumaat yg mulia.

“Bukalah pintu kebangkitan dan bukak lah benak otak dan hati yg direndam dgn kebencian oleh syaitan syaitan bertopengkan atas dasar agama.,” tulisnya.

IKLAN

Di samping itu, peminat turut memberi semangat kepada pelakon berusia 34 tahun itu untuk terus tabah dan cekal mengharungi ujian hidup.

“Masih Memelihara Aib Walaupun Diri Dilondeh Bogel Dengan Fitnah…,” – Sharnaaz Ahmad

IKLAN

Pun demikian, tidak dapat dipastikan status berkenaan dituju kepada mana-mana pihak.

Apapun, semoga semua urusan Sharnaaz dipermudahkan dan dapat selesaikan dengan cara baik.

Foto: Twitter Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI