Isteri kepada pelakon dan pengacara Alif Satar kini sedang hamil anak ketiga yang sudah mencecah usia 6 bulan kehamilan.

Lalu, MH ada bertanya mengenai persiapan dia dan isteri untuk menyambut cahaya mata yang bakal lahir dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Kongsi pelakon drama bersiri Pia itu, ini merupakan kehamilan isteri yang sangat mencabar buat dirinya kerana emosi si isteri sering berubah.

“Bila dah bakal timang anak ketiga, dia punya persiapan lebih kepada cara lama, memandangkan kami sebelum ini sudah ada pengalaman dalam lakukan persiapan anak yang bakal lahir.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, kehamilan kali ini agak mencabar buat isteri Alif mungkin sebab jantina anak ketiga ini adalah lelaki.

“Sebelum ini keduanya adalah perempuan jadi perbezaannya kali ini mungkin lebih kepada perasan serta emosi isteri.l,” katanya jujur.

IKLAN

Aliff sekeluarga bagaimanapun tak sabar untuk menantikan kelahiran ahli baru dalam keluarganya.

“Tapi apa yang pasti kami pun tak sabar nak menerima ahli baru yang dijangka bakal lahirkan pada bulan Oktober depan.

“Diharapkan nanti bayi dan isteri semuanya selamat dan dipermudahkan. Terima kasih juga atas ingatan serta doa dari semua,” kata Alif.

Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun ini mengakui dia sudah ada senarai nama anak bakal lahir.

IKLAN

Cumanya, nama tersebut masih di peringkat perbincangan di antaranya serta isteri.

“Dah ada rancang nama anak dah tapi kami masih memilih lagi sebenarnya bersama dengan isteri.

“InsyaAllah selepas seminggu bayi itu akan dilahirkan saya akan kongsikan nama anak bersama peminat,” kongsinya.

IKLAN

Untuk rekod, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar mendirikan rumah tangga bersama Sha Dila Hadid pada 15 September 2014.

Setakat ini, mereka mempunyai dua orang cahaya mata perempuan bernama Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca, 2.

Terdahulu, hos Big Stage musim pertama ini ditemui sejurus majlis filem televisyen, GENG di Pavilion, Kuala Lumpur.

Turut sama terlibat di dalam siri tersebut ialah Sherry Alhadad, Lisa Surihani, Nadiya Nisa, Hisham Hamid, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Ia bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif mulai 18 Julai ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI